Isnin, 15 Februari 2010

Cuti Chinese New Year 2010

Cuti seminggu Tahun baru cina kitorang dah buat mcm2 perancangan percutian..maklumla cuti umum gini jer yang kitorang leh pegi jenjalan, cuti sekolah aku kena berkampung kat kampung la..tak kan nak berkampun kat sekolah pulak..hubby aku kan masuk kampus masa cuti..

So kali ni kami pilih Bukit Fraser sebagai destinasi..yelah nak tengok apa yang ada kat atas sana.. sampai je dah malam..nasib baik tak malam masa on the way naik, kalo tak bahaya la..coz jalan yg berbukit2 dan berliku2..saper2 yang belom penah pergi ke sana make sure sampai kat bawah bukit fraser tu pd masa yang sesuai kalo tak kena tunggu masa yang seterusnya utk naik( jalan dibuka untuk sehala sahaja)..ni jadual naik turun dia..



Kalo sampai sini memang tak sah kalo tak bergambar kat menara jam ni..ni la landmark menunjukkan kita dah sampai kat bukit fraser ni..takde apa2 yang menarik sangat kat atas ni cuma suasana dia la yang best, nyaman dan mendamaikan jer..very relaxing...tambahan pula cuaca sekarang yg panas sangat tp kat atas ni sejukk..best!

Ni pulak banglo yang tempat kitorang stay..rumah peranginan persekutuan..memang besar tp kitorang hanya booking bilik jer..satu banglo rm200 tp kalo bilik baru rm50..memang jimatla..kalo nak ajak famili datang ramai leh la booking satu banglo,,leh duk 3-4 kluarga satu banglo ni..




Memandangkan kat atas bikut fraser ni takde ape2 yang menarik sangat, rasanya may be ni first and last kot naik atas tu...lain la kalo mcm cameron or genting tu banyak la jgak place of interest nak pegi sana..

Blog Widget by LinkWithin