Ahad, 11 Mac 2012

Peristiwa perjalanan balik kampung.

Entah kenapa cuti kali rasa semangat nak balik kampung sangat berkobar2 hendak balik. Setiap hari pasti menghitung hari menunggu hari terakhir sekolah. Mungkin nak melepaskan fikiran yang sentiasa terbeban dengan kerja. So dalam masa seminggu nilah nak cuba melupakan semua hal berkenaan kerja.

Maka hari sabtu berangkatla kitorang dari Penang menuju ke Terengganu melalui jalan raya Timur-Barat. Sebelum balik en suami dah memeriksa semua keadaan kereta sebelum bertolak. Nak bertolak tu macam biasala baca doa naik kenderaan dulu. Cuaca pada awalnya baik, redup je..tapi bila dah memasuki kawasan Gerik dan mula mendaki kawasan banjaran Titiwangsa tu mulalah hujan.

Aku dah mula risau jugak dengan keadaan jalan basah dan licin. Sentiasa berpesan pada en. suami jangan pandu laju2 sangat. Jalan pun tak berapa elok berlubang sana sini. Bila sampai kawasan mendaki jika ada lori maka terpaksala menunggu ada lorong memotong, barula boleh memotong kenderaan berat tu.

Sehinggala sampai ke satu kawasan selekoh, berbukit semua kereta perlahan. Rupa-rupanya ada kenderaan yang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung. Masyaallah.. kitorang tak berhentikan pun kereta untuk turun lihat apa yang terjadi sebab pada masa tu hujan. Harap2 tak adala perkara buruk yang berlaku kepada semua yang ada dalam kenderaan tersebut.

Kami meneruskan perjalanan dah memasuki kawasan jajahan Jeli pula. Tiba2 kereta yang kami naiki terasa lain. Bukannya ada perkara misteri pun, cuma tayar yang bermasalah. Bila chek rupanya tayar depan dah gelembung..terkejut jugakla. Kalau lambat sikit berhenti entahla apa yang akan jadi.

Kitorang memang bernasib baik bila jadi macam tu elok2 je berhampiran dengan kedai servis tayar. Fuh..lega so takdela masalah sangat. Padahal sepanjang perjalanan sebelum tu semuanya hutan, bukan kawasan penempatan. Kat situ hanya ada ladang getah, sebuah kedai makan (tutup) dan workshop tu. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami walapun workshop tu serba tak lengkap. kami teruskan perjalanan sehingga ke jerteh barulah dapat tukar kedua2 tayar depan yang baru.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin