Rabu, 16 Mac 2011

Catatan cuti sekolah..

Di kala cuti2 macam ni mula la aku dalam kebosanan..tapi nasib baik la suasananya tak membosankan memandangkan aku kini berada di kampung halaman dengan orang tua ku.. En suami pula seperti biasalah,mengikuti rutin waktu cutinya iaitu menghadiri kuliah di IPG sepanjang cuti sekolah.

Dah 2 tahun berlalu, kini tinggal 2 tahun lagi bagi abang menamatkan pengajiannya..Memang setiap kali cuti persekolahan kami akan berjauhan..uhuhuk cedihnya... So nasihat untuk diriku sendiri banyak2kan bersabar..Memang perjuangannya memerlukan pengorbanan daripada kedua-dua pihak.

Kalau dulu kami pantang waktu cuti dah siap planning nak bercuti ke mana-mana. Tapi sekarang terpaksala curi2 masa untuk pergi bercuti..kesian kan??


Ahad, 6 Mac 2011

Jalan2 di hujung minggu.

Tempat tarikan terbaru kat Penang..Saper2 pencinta alam tu bolehla beraktiviti kat sini..kitorang just pergi survey je dulu..tak sempat nak masuk pun sebab masa pergi tu dah petang..kalo nak masuk ke dalam tu paling lewat jam 4 petang...

So kitorang just ambil2 angin kat luar2 jela, ada jeti untuk nelayan kat sini..cantik gak la pemandangan kat sini..boleh la jugak hilangkan stress..



Blog Widget by LinkWithin