Selasa, 31 Mei 2011

Bukit Larut


Sebenarnya ni entry lama yang tertunggak untuk dilunaskan dalam blog ni..biasala kesuntukkan masa ditambah pulak dengan kemalasan so hasilnya hari ni baru nak hapdet..memang dah lama teringin nak tau apa yang ada kat atas bukit larut tu..
Ramai yang jadikan jalan berbukit dan bengkang bengkok ni sebagai trek untuk jogging.. tapi kitorang pergi sana takla jogging tapi naik land rover yang disediakan dengan harga tiket Rm6 seorang. mencabarla jugak nak mendaki bukit tu.. huhu padahal aku duduk je dlm jeep tu..
Bila sampai kat atas sana tak ada apa2 menarik sangat. cuma sejukla sikit2 sebab hari hujan..nak tengok pemandangan pun tak dapat sebab berkabus.. almaklumla bukit larut tempat yang paling lembap di Malaysia..kat sana sunyi sangat2, kalo duk bermalam kat situ memang mati kutu tak tau nak buat apa...
Ok, hasrat untuk sampai ke atas bukit larut dah kesampaian. Rasanya tak mau naik lagi dah.. ok next destination, ke mana pulak? mungkinkah pulau pangkor?? kita wait n see je la..chow..

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011..

16 mei datang lagi.. hari yang sangat bermakna bagi menghargai warga pendidik.. jika hari ini aku berjaya menjadi cikgu pun sejarahnya bermula dengan seorang guru.. Aku sangat2 hargai setiap tunjuk ajar yang dicurahkan oleh guru2ku terdahulu..tak kira masa sekolah rendah atau sekolah menengah.. memang banyak pahit manis yg telah dilalui sepanjang 8 tahun jadi cikgu ni..

tapi tahun ni kami tak celebrate teacher's day pada 16 mei tapi dah ditunda tarikh ke hari terakhir sebelum cuti pertengahan tahun memandangkan start hari ni mid year xm dah bermula..tapi walaupun tak tiada apa2 sambutan tapi ada juga murid yg sudi bagi hadiah,kad, bunga, dll..terima kasih anak2ku..terharu sangat2..


Kad ucapan daripada hasil tangan seorang murid Tahun 2...

Rabu, 11 Mei 2011

Jalan2 Bukit Cahaya seri Alam


teringin nak pergi ke tempat ni..
sebab tak pernah sampai lagi
bila dah sampai, okla jugak.. kata dalam hati


Aktiviti berbasikal jadi pilihan..
tapi bagi kami bas yg jadi pilihan..
sewa basikal rm5 1 jam..
naik bas pun leh juga nikmati keindahan alam..


Kawasan luas x habis nak teroka
lagila malas kalo matahri betul2 atas kepala
lain kali kalo ada masa
boleh datang lagi beraktiviti lain pula..

Selasa, 10 Mei 2011

Jalan2 KL 1 Mei..

Cuti 1 mei jatuh pada hari so boleh forward cuti ke hari Isnin. PAgi2 ahad dah siap keluar jalan2 KLCC naik monorel je dari hotel.. memang dah target nak tengok citer kat bawah ni..


v


v


v
Masa beli tiket tu ingatkan harga standard la kan coz weekend..rupanya dapat harga early bird. Dapat jimat lagi abg citibank cc holder..so buy 1 ticket, get 1 free ticket..Bayangkanla RM9 utk 2 orang tengok kat KLCC memang berbaloi2..ceritanya pun best..so very enjoy..






Sementara tunggu showtime, sempatla gi round2 kat lain dulu kat KLCC tu..memula tu tengok tiket untuk naik ke jejantas udara tapi dah sold out.. so utk tu kitorang save for the next time..


Then pi survey tengok apa yang ada kat petrosains..biasa2je..ramaila parent yg bawa anak2 jalan2 kat situ..





Isnin, 2 Mei 2011

Bercuti Hari Pekerja..

Lamanya tak pegi bercuti..akhirnya dapat gak curi2 masa pegi jalan2..bukannya jauh sangat pun..tempat yang dah biasa pegi..ke KL je. so menginapla kami kat KL selama 3 hari sempena cuti hari pekerja..

walaupun KL tu dah selalu pergi tapi kali ni pengisiannya lain sikit.. seronokla jugak kitorang pergi 'dating' kali ni walaupun kat KL ni paham2 jela bila time cuti gini..sure ramai orang.. kat mana saje tempat shopping ada sale, pasti banyak semut yg berkerumun kat situ..hehe semut pulak yang kena fitnah..huhu.

Nak tau apa aktiviti@ destinasinya... jumpa lagi pada entry yang akan datang..tapi bila aku nak updatenya ntah tak tau bila..see ya1
Blog Widget by LinkWithin