Khamis, 27 Oktober 2011

Langkawi kali ke-????

Esok, jumaat awal2 pagi akan bertolak
Plan asalnya nak pergi hari ni,
tapi kereta masih kat workshop belum siap
(keta tak rosak ape2, pergi cat lain bg nampak baru sikit..)
mekanik tu kata petang ni baru siap
kalo tak hari ni ah boleh bertolak ke sana

Sebenarnya dah banyak kali ke sana..
ni mungkin kali ke 4 atau 5 dah lupa..
last pergi masa honeymoon 4 tahun lepas
okla..lama la jugak dah tak pergi.


destinasi kali ni ke pulau payar
tempat2 lain kat langkawi tu dah biasa pergi
gambar kat atas kredit to google
gambar sendiri nanti lepas balik baru upload..

Selasa, 25 Oktober 2011

Layan Hindi online..

xde keje nak dibuat habis jugak satu filem ni aku tengok..
tengok online kat youtube je.. x download pun..
tak tau la citer ni famous ke x..
sbb aku ni bukan ikut sangat perkembangan citer hindi ni..
tp okla, bestla jugak..lagunya pun sedap didengar

bagi saper2 yang nak tengok leh try kat SINI

Mau Buat Apa ya??

Cuti seminggu tapi tiada pengisian??

Orang kata suami isteri kerja cikgu senang,
boleh pergi bercuti sama2 bila cuti panjang
Sebenarnya aku je yang bercuti seminggu
tp abang cuti 1 hari je..
Huhu..kan dah bermasalah..
so aku duk rumah jela xleh nak ke mana2..

Tapi tak kira bila weekend ni nak jugak
ajak abang pergi bercuti ke mana2..

Mungkinkah ...

1>pergi tengok bola final Piala Malaysia
Terengganu vs N.9 kat Shah Alam?
or
2> pergi ke Pulau Langkawi?
or
3> Pergi shopping lg kat Hatyai??

Semuanya masih dalam perancangan..
Kalau takde aral melintang salah satu senarai
yang di atas akan dilaksanakan..
Insyaallah..


Isnin, 24 Oktober 2011

Selamat Bercuti, Happy Deepavali

Bertemu kembali kita di arena blogging kali ini..
macam biasalah setelah sekian lama menyepikan diri
tiba masa menimbulkan diri semula di sini..
Maklumla bercuti panjang sempena Deepavali..
So bolehla update blog ni yang lama dibiarkan sepi.

Di kesempatan ini
Diucapkan selamat bercuti
semoga selamat ke destinasi
dan
Selamat hari deepavali
buat siapa2 yang merai...


Sabtu, 22 Oktober 2011

Rancangan TV - MCM

Seronok pulak bila tengok rancangan ni
yang disiarkan kat Astro Sabtu - Rabu 9.00 pm
Penuh dengan drama,debaran, suspen..
hehe..padahal rancangan realiti tv je..

Apa pun memang menarik rancangan ni
kalau nak dibandingkan dgn rancangan hiburan lain
yang ntah apa2..
mengajar kita skill2 yang perlu ada pada seorang chef
tp yang tak eloknya bila tengok alangkah membazirnya bila
bahan2 yg disediakan oleh peserta2 direject oleh juri
dibuang begitu saje ke dalam tong sampah
bukannya sikit, banyak tu...

Ahad, 2 Oktober 2011

LDP Trip To Kuala Kangsar

LDP kali ni buat kelainan sikit
Biasanya LDP ni bkursus je, tp kali ni lawatan
ke Kuala Kangsar and kawasan2 yg sewaktu dgnnya..

Nak ke tempat buat labu sayong kena seberang sungai naik bot
Boleh jugak naik bas ikut jambatan tp jauhla sikit

haha.. inteprem sikit...hehe eksyen je ni,
benda dah siap sebenarnya...

Lepas tengok buat labu sayong pergi round kawasan sekitarnya..
ni istana kenangan, xleh masuk kena ambil gambar dpd luar saje..

Then pergi ke Kuala Sepetang pergi makan mee udang.oklah jugak, murah udang pun besar tp takde gambarla pulak, syok sangat makan sampai x sempat snap.

Lepas tu pergi tengok tempat orang buat arang kayu..
kiranya ni dapur untuk buat arangla..

Last sekali sebelum balik pergi tengok hutan bakau..
takde ape sangat cuma tengok pokok bakau kat situ...

Blog Widget by LinkWithin