Selasa, 22 November 2011

Garuda dibaham Harimau


Mesti ramai blogger yg update cerita pasal
perlawanan akhir bola sepak sukan SEA malam tadi
termasuk la aku...
dalam sejarah aku tengok bola sepak rasanya bagaikan
hampir diserang sakit jantung
(pdhal tak tahu pun mcmana rasa sakit jantung tu)..
seluruh tangan, kaki rasa sejuk menahan debaran..huhu
Namun berkat usaha gigih pemain,
percaturan baik oleh Ong Kim Swee,
doa2 rakyat Malaysia,
Akhirnya sekali lagi Malaysia menggondol balik
Raja segala Piala Emas Sukan Sea.
Tahniah skuad Harimau muda..
Proud to be Malaysian..

Antara pic2 menarik sempena perlawanan :
(kredit to google)

banyak usaha beliau dalam menyumbang kemenangan Malaysia malam tadi


Indonesia dah berusaha keras, banyak kelebihan yang berpihak kepada pasukannya namun tidak berjaya membuktikan kekuatan pasukan itu..Usaha lagi next time.

Ahad, 20 November 2011

Berakhirnya Sesi sekolah 2011

Dah berakhir rupanya sesi persekolahan tahun ni..
Rasanya baru je sekejap awal tahun hari tu
pejam celik pejam celik dah tutup sekolah dah..

Alhamdulillah segala kerja2 sekolah
dapat diselesaikan dalam waktu sekolah
so tak payah la masa cuti nak datang sekolah lagi
Namun ada juga berita yg mengecewakan
permohonan pertukaran ke seberang tak diluluskan
bermakna tahun depan kenala berulang alik lagi
naik jambatan or feri lagi...huhu

penat memangla penat dengan kos lagi
tp nak nak buat macam mana kan
anggapla ia sebagai 1 cabaran
cuba bandingkan dgn cikgu2 di kawasan pedalaman
kena redah sungai ada buaya, naik bot..
tu aku kena bersyukur dengan nikmatNya..
yeah..hidup mesti diteruskan..chaiyok2

Jumaat, 4 November 2011

Pulau Payar, Langkawi

Ni cerita dah seminggu basi.. cuti2 masa deepavali minggu lepas.
lambat sikit update sebab banyak sangat keje2 sekolah yang nak diselesaikan.
Biasala langkawi tempat orang pergi shopping,
Ada Idaman Suri katakan.. tp kami destinasinya ke tempat lain..
Apa lagi snorkeling sepanjang hari kat pulau payar
Sampai kulit pun dah bertukar warna.

Seperti yang dijanjikan, inilah antara gambar2 yang sempat diambil masa kat situ..
tempatnya memang cantik air pun bersih dan yang specialnya tempat ni sebab kat situ banyak ikan yu.. kat tempat lain ikan2 coral yg biasa2 kita lihat..
Malas nak cerita panjang, tengok gambar jela..









Blog Widget by LinkWithin