Rabu, 21 Mac 2012

15 tahun yang lalu..

Kenapa tajuk entry macam tu ye??
Sebabnya sempena hari dapat tahu result SPM ni..
So perkaitannya terimbasla kembali kenangan itu.
rupanya sedar tak sedar
sudah 15 tahun berlalu meninggalkan alam persekolahan
(padahal sekarang pun duk di alam sekolah gak..huhu)
mengingat kembali debaran itu..hehe kelakar,terharu, terkejut semua ada..
Result aku tak adala gempak sangat masa tu..
just okla bagi seorang pelajar sekolah harian biasa..
takleh nak lawan dengan pelajar MRSM, SBP or whatever..
Result yang cukup untuk membolehkan aku
ikuti program matrikulasi UKM masa tu..
Alhamdulillah sebab aku dah berjaya lalui semua cabaran itu..


Isnin, 12 Mac 2012

Pengisian Aktivti Masa Cuti


Kenapa aku buat tajuk entry seperti ini? Ini adalah kerana aku menghadapi dilema apa yang nak dibuat sewaktu cuti sekolah?..nama cuti sekolah, so segala aktiviti yang tak ada kaitan dengan sekolah okey... Biasala asal cuti sekolah je aku tak berpeluang seperti orang lain pergi melancong ke sana sini. Bukan masalah kewangan, tapi masalah big boss yang tak boleh ikut cuti bersama..

Ok antara aktiviti yang boleh dilakukan masa cuti:

1. Seperti yang sedang aku lakukan sekarang ni--> mengupdate blog.. huhu bukan senang nak cari masa yang sesuai nak update blog kan?? So masa cuti ginila boleh update entry, hias2 blog ke, blog walking ke.. apa2 sahaja yang berkenaan dunia blog.

2. Membaca novel yang tertangguh. Macam aku ni bukan main semangat bila membeli novel, tapi nak mulakan membaca tu ada masalah sikit. Aku tak suka baca yang bersambung2. kalau boleh nak habiskan terus. Pasti ambil masa kan?? So waktu cuti macam ni dalam masa sehari dah boleh habiskan satu novel,then sambung novel lain pulak.. macam yang aku tengah baca sekarang ni..

3. Shopping/ Window shopping. Kalo berada di kampung ni, aku pasti berkunjung ke Desa Murni ( pusat tudung & kain pasang ) ke, Pasar Payang ke.. Mencuci2 mata or kalo ada yang berkenan sambarla terus. tapi yang lecehnya nak pergi shopping takde temanla pulak. tak seronok pulak jalan sorang2...

Ahad, 11 Mac 2012

Peristiwa perjalanan balik kampung.

Entah kenapa cuti kali rasa semangat nak balik kampung sangat berkobar2 hendak balik. Setiap hari pasti menghitung hari menunggu hari terakhir sekolah. Mungkin nak melepaskan fikiran yang sentiasa terbeban dengan kerja. So dalam masa seminggu nilah nak cuba melupakan semua hal berkenaan kerja.

Maka hari sabtu berangkatla kitorang dari Penang menuju ke Terengganu melalui jalan raya Timur-Barat. Sebelum balik en suami dah memeriksa semua keadaan kereta sebelum bertolak. Nak bertolak tu macam biasala baca doa naik kenderaan dulu. Cuaca pada awalnya baik, redup je..tapi bila dah memasuki kawasan Gerik dan mula mendaki kawasan banjaran Titiwangsa tu mulalah hujan.

Aku dah mula risau jugak dengan keadaan jalan basah dan licin. Sentiasa berpesan pada en. suami jangan pandu laju2 sangat. Jalan pun tak berapa elok berlubang sana sini. Bila sampai kawasan mendaki jika ada lori maka terpaksala menunggu ada lorong memotong, barula boleh memotong kenderaan berat tu.

Sehinggala sampai ke satu kawasan selekoh, berbukit semua kereta perlahan. Rupa-rupanya ada kenderaan yang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung. Masyaallah.. kitorang tak berhentikan pun kereta untuk turun lihat apa yang terjadi sebab pada masa tu hujan. Harap2 tak adala perkara buruk yang berlaku kepada semua yang ada dalam kenderaan tersebut.

Kami meneruskan perjalanan dah memasuki kawasan jajahan Jeli pula. Tiba2 kereta yang kami naiki terasa lain. Bukannya ada perkara misteri pun, cuma tayar yang bermasalah. Bila chek rupanya tayar depan dah gelembung..terkejut jugakla. Kalau lambat sikit berhenti entahla apa yang akan jadi.

Kitorang memang bernasib baik bila jadi macam tu elok2 je berhampiran dengan kedai servis tayar. Fuh..lega so takdela masalah sangat. Padahal sepanjang perjalanan sebelum tu semuanya hutan, bukan kawasan penempatan. Kat situ hanya ada ladang getah, sebuah kedai makan (tutup) dan workshop tu. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami walapun workshop tu serba tak lengkap. kami teruskan perjalanan sehingga ke jerteh barulah dapat tukar kedua2 tayar depan yang baru.



Isnin, 5 Mac 2012

Time Balik Sekolah

Inila aktiviti bila time bosan menunggu feri.. balik dari sekolah kalo malas drive so naik feri je la. Tp yang lecehnya bila naik feri ni bila bab menunggu lama la sikit..kalau nak cepat baik drive sendiri lalu jambatan..walaupun jauh sikit tapi boleh speed laju..kalau nasib tak baik kena speed trap.huhu

Bila dah menunggu lama tu sempatla jugak berfb, update blog ke..hihi saje leh isi masa sambil duk menunggu tu. nak tidur sekejap pun boleh tapi bimbang jugak la kot tertido mati..kot nanti kena hon dek orang blakang bila kereta patut jalan. Tp x pernah jadi lagi la macam tu setakat ni..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Blog Widget by LinkWithin