Selasa, 16 Jun 2009

Puasa Ganti..

Pejam celik pejam celik tinggal 2 bulan jer lagi kita akan menyambut Ramadan lagi.. biasanya kaum perempuan ni perkara yang paling difikirkan sebelum menyambut Ramadan ni dah bayar semua ke belum puasa yang ditinggalkan Ramadan yang lepas??


Macam aku minggu ni adalah minggu mengqada puasa..Biasanya tahun2 lepas sempat jer puasa ganti dalam bulan Syawal tapi kali tak sempat pulak may be sbb terlalu banyak jemputan open house kot masa bulan syawal..ceh alasan..


Bila tak habis berganti lagi rasa macam malu jer nak fikir bab baju raya tapi puasa tahun lepas belum habis ganti lagi..lepas ni leh la pikir pasal baju raya..hehehe


kat sini aku nak selitkan la soal jawab agama yang berkenaan dengan puasa ganti ni..semoga jadi panduan pada kita semua..



1) Pada tahun lepas saya tidak sempat habis mengganti puasa, adakah saya perlu mengganti 2x (double) puasa itu pada tahun ini? Apa yang saya tahu, perlu membayar fidyah



Jika tuan tidak sempat ganti pada tahun lepas bermakna tuan wajib ganti puasa tersebut pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama yaitu tidak bertambah teteapi tuan wajib membayae fidyah disamping qadha tersebut sebanyak secupak beras untuk sehari yg ditinggalkan.
Yang bertambah ialah bilangan fidhyah beras bukannya bilangan haris qadha .



2) Berdosa tak kalau saya buka puasa ganti Ramadan kerana malas?



Tidak boleh berbuka puasa ganti Ramadan, nazar atau apa sahaja amalan wajib yang lain dengan sengaja setelah memulakannya. Sama seperti solat fardu; di mana tidak dibenarkan berhenti selepas memulakannya melainkan jika keadaan darurat. Tetapi, boleh membatalkan puasa sunat bila-bila masa mengikut kehendak orang yang berpuasa itu. Begitu juga dengan amalan sunat yang lain. Sesiapa yang pernah membatalkan puasa wajib hendaklah bertaubat kepada ALLAH dan jangan ulangi perbuatan itu. Walau bagaimanapun, dia tidak perlu membayar apa-apa kifarat. (Rujuk: Al-Mughni, jil:4, ms 412 dan al-Majmu', jil: 6, ms: 383)



3) Saya ada kemusykilan mengenai puasa ganti. Ada pendapat mengatakan apabila menggantikan puasa di bulan Syawal, secara automatik kita dapat pahala puasa sunat Syawal.

Ada juga pendapat menyatakan jika hendak puasa sunat Syawal, kita hendaklah habiskan dulu ganti puasa yang wajib.



Sunat dan wajib adalah dua perkara berbeza. Sunat ialah amalan yang sangat digalakkan kita melakukannya.Mereka yang membuat amalan sunat mendapat pahala dan tiada dosa jika tidak melaksanakannya.Berbeza pula dengan wajib yang mana seseorang itu berdosa jika meninggalkannya.Puasa ganti atau qada adalah wajib. Puasa enam Syawal pula sunat.Sebaik-baiknya puasa ganti dilakukan segera kerana ia bererti menyegerakan bayar hutang kepada Allah.Ini sikap seorang hamba yang taat pada Tuhannya. Jika dibiarkan lama, bimbang terlewat sehingga Ramadan akan datang.



Bagaimanapun ada yang berpendapat jika puasa qada dalam syawal, keberkatan Syawal dan pahalanya akan berterusan. Wallahuaklam.


4) Apakah puasa ganti yang dilakukan pada hari Jumaat perlu dikembarkan dgn hari Khamis atau Sabtu?

Haram berpuasa pada hari jumaat sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh dilakukan dengan menggandingkan sehari sebelum atau sehari selepas.

2 ulasan:

  1. lo iye ker??jumaat je posa haram??tak tau pulak kita....he2
    so..kena gak ni bg beras kat anak2 yatim sebelah umah ni...he2

    BalasPadam
  2. assalamu'alaikum...

    setahu sy tidaklah sampai jatuh haram, tapi makruh..boleh rujuk..

    Hari Jumat merupakan hari raya mingguan bagi umat Islam. Oleh sebab itu, agama melarang berpuasa pada hari itu. Akan tetapi, jumhur (sebagian besar ulama) berpendapat bahwa larangan itu berarti makruh,bukan menunjukkan haram, kecuali jika seseorang berpuasa sehari sebelum atau sesudahnya atau sesuai dengan kebiasaannya atau secara kebetulan bertepatan pada hari Arafah (9 Dzulhijah) atau hari Asyura (10 Muharam), maka tidaklah makruh berpuasa pada hari Jumat itu.

    Dari Abdullah bin Amr bahwa Rasulullah saw masuk ke rumah Juwairiyah binti Harits pada hari Jumat sedang ia sedang berpuasa. Lalu Nabi bertanya kepadanya, "Apakah engkau berpuasa kemarin?" Dia menjawab, "Tidak", dan besok apakah engkau bermaksud ingin berpuasa? "Tidak," jawabnya. Kemudian Nabi bertanya lagi, dia menjawab tidak pula. "Kalau begitu, berbukalah sekarang!" (HR Ahmad dan Nasa'i dengan sanad yang jayyid).

    Diriwayatkan pula dai Amir al-Asy'ari, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya hari Jumat itu merupakan hari rayamu, karena itu janganlah kamu berpuasa pada hari itu, kecuali jika kamu berpuasa sebelum atau sesudahnya!" (HR al-Bazar dengan sanad yang hasan).

    Ali ra berpesan: "Siapa yang hendak melakukan perbuatan sunnah di antaramu, hendaklah ia berpuasa pada hari Kamis dan jangan berpuasa pada hari Jumat, karena ia merupakan hari makan dan minum serta zikir." HR Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang hasan.

    Menurut riwayat Bukhari dan Muslim yang diterima dari Jabir ra bahwa Nabi saw bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumat, kecuali jika disertai oleh satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya." Dan menurut lafal Muslim: "Janganlah kamu mengkhususkan malam Jumat di antara malam-malam itu buat bangun beribadah, dan jangan kamu khususkan hari Jumat itu di antara hari-hari lain untuk berpuasa, kecuali bila bertepatan dengan puasa yang dilakukan oleh salah seorang di antaramu!"

    BalasPadam

Blog Widget by LinkWithin