Isnin, 31 Ogos 2009

Last Year Merdeka Day Flashback..

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 52. dah 52 tahun negara kita merdeka..terima kasih kepada semua pejuang kemerdekaan negara kita sehinggala terbentuknya 1 Malaysia ni.
Entry ni sebenarnya cerita lapuk..tengok la tajuk entri ada 'flasback' maksudnya cerita lamala..cerita tahun lepas.lagipun tahun lepas aku blom lagi ada blog sndiri. Kitorang nak merasa sangat celebrate merdeka kat KL. So malam 30/8 dah tunggu kat dataran. naik LRT jer takut jam & susah nak parking. Biasala kalo mnunggu kat dataran tu untuk countdown dan juga nak tengok pertujukkan bunga apinya..


Sebenarnya banyak lagi gambar bunga api ni..kitorang berada betul2 di bawah bunga api tu meletup.bingitla jugak, lama pulak tu..Merasala mcmana nak sambut merdeka kat Dataran Merdeka.


Pagi esoknya pegi lagi ke dataran nak tengok acara perbarisan. tapi pegi tu dah lambat dah nak habis perbarisan. lagipun hari dah panas. So duk kejapjer la kat situ. memang ramai oarng yang pergi menyaksikan perbarisan tahun lepas.
Tahun ni Hari Kebangsaan jatuh pada bulan Ramadan. So sambutan kali ni disambut secara sederhana jer.Lagipun aktiviti yang melibatkan orang ramai dikurangkan untuk mengelakkan penularan jangkitan H1N1.

Khamis, 27 Ogos 2009

Berakhirnya percutian di kampung..


Pejam celik pejam celik dah hampir seminggu dah aku bercuti di kampungku kat Terengganu..bermakna hampir seminggu juga berpuasa di kampung..alhamdulillah tahun ni leh menyambut ramadhan bersama mak, ayah dan keluarga kat kampung..

Besok kami akan pulang semula ke Pasir Gudang. Kalo ikutkan cuti sehingga 31 Ogos tapi kena pulang awal sbb aku ada kelas tambahan tahun 6. biasanya kelas masa awal cuti, tp disbbkan awal cuti tu menyambut awal ramadan,dipostponed ke akhir cuti... kelasnya kejap jer, tp terpaksala balik jugak.. Sebut pasal kelas ni confirm ramai murid yang tak datang sbb mesti ramai yang balik kampung.. tambahan pulak bulan puasa..berapa kerat jer yang datang nanti..

Khamis, 20 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Petang ni orang tengok anak bulan untuk penentuan tarikh 1 Ramadhan dan malam ni ada pengumuman permulaan berpuaasa berdasarkan rukyah dan hisab. Jadi di kesempatan ni aku ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada silap dan salah yang telah dilakukan (terutamanya suamiku)..bukannya raya jer baru nak minta maaf kan, sebelum berpuasa pun mesti minta ampun dulu barulah ibadah puasa kita diberkati..Malam ni ada solat hajat di sekolah bersama2 ibubapa & murid2..

Memandangkan esok dah bermulanya cuti sekolah so aku akan akan balik kampung. Seronok skek leh berbuka beramai2 kat kampung...tak taula bila pulak boleh 'bersiaran' kat blog ni..naik cuti nanti la kot...Akhir sekali aku nak ucapkan selamat bercuti, selamat berpuasa, dan berhati2 di jalan raya..adious

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Pagi tadi kat sekolah ada pelancaran bulan kemerdekaan yang ke-52..Buat minggu ni jugak sebab minggu depan sekolah dah cuti. lagipun lepas ni dah puasa dah..Macam biasala kalo pelancaran bulan kemerdekaan ni budak mesti nyanyi dengan semangatnya..3 lagu ni wajib nyanyi ....
Keranamu Malaysia
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan
Keranamu negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia

Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!
Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang...
di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!

Rabu, 19 Ogos 2009

Panggilan Hangit@ Hot.fm

Aku buat n3 kali ni bukannya disebabkan aku dah terkena panggilan hangit...tp saje2 coz aku suka dengar waktu pagi2 time nak nak gi keje tu..Tengah drive, layan jer la si FBI ngan Fafau tu..

Memang tak miss la dengar coz pagi2 memang on radio hot.fm jer, malas tukar2 radio..Lagipun memang menghiburkan betul la..menceriakan kita awal pagi2 lagi dah tersenyum sorang2 bila dengar kisah orang yang terkena ni..Artis la, wifey kenakan hb la..macam2.. Jangan aku yang terkena sudah..huhuhu..

p/s : Dengar2 ada orang tu nak kenakan hb dia dengan panggilan hangit..dh terkena ke belom?? man..baik ko bjaga2..hehehe

Ahad, 16 Ogos 2009

Cerita Minggu Lepas

Lamanya tak apdet blog ni..Sekarang ni memang tengah buzy maklumla UPSR just around the corner..so cikgu2 tahun 6 ni memang tak leh duk senang lenang ler.. Minggu lepas balik kampung hb coz ada kenduri ngan majlis konvo. Ambil cuti coz balik jauh. Sempat lagi pegi jejalan kat Penang walaupun balik skejap jer..Pegi ke Pc fair kat PISA. Lepas tu sempat la pegi ke Queensbay..tengok G.I Joe huhuhu..


On the way balik JB pegi majlis konvo adik bradik hb dia konvo kat UPM, Serdang coz kitorang bawa MIL. tak masuk pun dewan konvo just tunggu kat luar jer..


Rabu, 5 Ogos 2009

Perlukah aku juga memakai mask?

Murid-murid kat sekolah pun dah ramai yang pakai mask..elok la tu sebagai langkah berjaga-jaga. Kanak-kanak kan golongan mudah terdedah kepada risiko H1N1.Adakah cikgunya juga kena guna mask? Kalau pakai, dengar ke suara bila nak mengajar?huhuhu...
Kat sekolah aku yang besar ni..( bayangkan lebih dari 2000 orang murid) jadi kita tak tahu apa status kesihatan mereka. Jadi kenala wsapada..Kadang2 sekolah ni macam nursery, mak bapak pergi kerja anak demam ke tidak dihantarnya juga ke sekolah..
Bukan nak merungut tapi fikir2kan la keadaan sekarang ni..sama2 la kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku..

Ahad, 2 Ogos 2009

Takde Keje Cari keje..

Takde ape2 cerita yang nak dibuat entry so duk membelek2 layout mana2 yang berkenan. percubaan pertama dah berjaya, sebelum ni guna layout yang ni..( lupa nak prtSc yg lama..hehehe) ntahla mata ni asyik berkenan warna coklat jer..Tp pakai sekejap jer, gatal tangan nak tukar lain plak..

Dan hasilnya inila yang terbaru..Tak tahu la bertahan lama mana..kalo bosan2 tukar lain pulak kot..
Blog Widget by LinkWithin