Ahad, 31 Oktober 2010

Apa nak buat ye???

Selama ni asyik berfesbuk, main game, rasa macam bosan la pulak..lagipun en.suami ku itu bukannya suka sangat kalau tengok aku duk ralit main game di fesbuk tu.. nasib baikla aku ni main game bukannya tahap addicted sangat..so tak kisahla kann..

So fikir punya fikir apa salahnya mencuba benda baru, iaitu membuat bisnes pulak..wahaha aku bukannya kepala hotak bisnes sangat tapi en.suami itula yang suruh sangat..so ikut je la.. jalan ke jalan ke itu lain cerita..

Nak tau apa yang sedang dicuba tu try la jenguk kat rumah baruku di Nice & Easy Shops. jumpa anda di sana....

Isnin, 25 Oktober 2010

Hari ini dalam Sejarah...


Fuh..tajuk entry macam ada apa2..tapi ntah apa2.haha.. Sebenarnya bukannya ada apa2 pun cuma excited sikit pada mulanya tapi sedikit hampa akhirya..nantila kita cerita apa yang suka, apa yang hampa tu...hihi

Alkisahnya first time dalam hidup aku pergi tengok perlawanan bola sepak secara live kat stadium.. Memang sebelum ni ada terniat nak pergi tengok tapi ntah kenapa tak sampai seru lagi kot.. team yang lawan adalah Johor FC lawan pasukan negeri sembilan untuk separu akhir kedua. Bila dapat call dr abang nak ajak pergi stadium dengan kawan2 dia, bukan main excited aku pagi tu...

Kusangkakan panas sampai ke malam,rupa2nya hujan di petang hari..huhu. dah cuak dah.. macamana nak pegi stadium kan kalau hujan. Sampai malam pun hujan tak berhenti jugak. Tapi semangat punya pasal kitorang redah jugak..

Sampai je kat stadium, game baru je start..kiranya okla jugak kalau pergi awal2 pun kena berhujan dulu. dahla payung takleh dibawa masuk ke dalam..so berhujanla kitorang..huhu. dahla ditimpa hujan, team johor fc pulak kalah ngan n.9..lagila hampa.anyway, okla..dapatla jugak experience macam mana tengok bola live kat stadium...

Ahad, 3 Oktober 2010

Jalan2 Universal Studios,Singapore

Akhirnya tercapai juga hajat kami nak ke universal studio ni..sebenarnya tempat ni belum lagi 100% dibuka untuk public sebab masih ada sesetengah tempat yang belum beroperasi lagi..tapi kebanyakkannya dah available..walaubagaimana pun orang tetap ramai mengunjungi tempat ni sehinggakan hampir setiap weekend tiketnya sold out..


Untuk masuk ke tempat ni tiketnya pada hari biasa SGD66 atau pada weekendnya SGD72..kalo nak convert ke RM kali la dengan 2.34. memangla mahal sikit tapi berbaloi la jugak sebab banyak attraction kat dalam tu..


Yang paling menarik banyak karakter filem2 hollywood kat sini.. kitorang tak sempatla nak bergambar dengan semua karakter tu, coz memang kena beratur panjang maklumla semua yang datang situ nak bergambar dengannya..bayangkanla




Apa2 pun memang enjoyla datang kat sini..kitorang stay sini daripada mula gate buka hinggala gate nak tutup pd 7.00pm...huhuhu

Jumaat, 1 Oktober 2010

Oktober suda...

Pejam celik, pejam celik kita dah masuk suku tahun terakhir 2010.. rasa macam kejap jer masa berlalu. bila menghampiri je hujung tahun aktiviti di sekolah mula la sibuk. kat SKTC mula sibuk dengan aktiviti lepas UPSR, hari Sukan, Hari Kantin, Hari Anugerah.. fuhh banyak tu kalau nak disenaraikan semua...

Untuk kesekian kali aku mencuba nasib untuk mengisi borang tukar sekolah.. tapi tak tahula macamana keputusannya kita tunggu jelah Nov nanti.. Bukannya aku tak sayang sekolah sekarang tapi entahla..banyak faktor sebenarya.. apa2 pun segalanya kita berserah pada Yang Maha Esa...
Blog Widget by LinkWithin