Isnin, 25 Oktober 2010

Hari ini dalam Sejarah...


Fuh..tajuk entry macam ada apa2..tapi ntah apa2.haha.. Sebenarnya bukannya ada apa2 pun cuma excited sikit pada mulanya tapi sedikit hampa akhirya..nantila kita cerita apa yang suka, apa yang hampa tu...hihi

Alkisahnya first time dalam hidup aku pergi tengok perlawanan bola sepak secara live kat stadium.. Memang sebelum ni ada terniat nak pergi tengok tapi ntah kenapa tak sampai seru lagi kot.. team yang lawan adalah Johor FC lawan pasukan negeri sembilan untuk separu akhir kedua. Bila dapat call dr abang nak ajak pergi stadium dengan kawan2 dia, bukan main excited aku pagi tu...

Kusangkakan panas sampai ke malam,rupa2nya hujan di petang hari..huhu. dah cuak dah.. macamana nak pegi stadium kan kalau hujan. Sampai malam pun hujan tak berhenti jugak. Tapi semangat punya pasal kitorang redah jugak..

Sampai je kat stadium, game baru je start..kiranya okla jugak kalau pergi awal2 pun kena berhujan dulu. dahla payung takleh dibawa masuk ke dalam..so berhujanla kitorang..huhu. dahla ditimpa hujan, team johor fc pulak kalah ngan n.9..lagila hampa.anyway, okla..dapatla jugak experience macam mana tengok bola live kat stadium...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin