Sabtu, 24 September 2011

Kota Kinabalu Welcomes You..

Haha..tak tau nak pilih tajuk apa entri kali ni so tiru macam kat dalam gambar kat bawah ni..
Pergi KK masa cuti hari Malaysia yang mana kami dah booked lama dah tiket ni sejak tahun lepas lagi..ada tiket murah so apa lagi..duk hotel pun murah, RM80 untuk 4h3m di Tune Hotel..sape nak bagi kan kalo harga murah macam tu...

First day biasala tempat yang wajib pergi ke Taman Tunku Abdul Rahman island hopping 3 pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi.. Memang cantik pulau ni..ia memang berbeza ngan pulau kat semenanjung..

Antara ketiga2 pulau, yang paling cantik bagi aku Pulau Manukan.. Tapi kalau bab snorkelling rasanya pulau mamutik lagi banyak ikan2nya..ni antara gambar dalam air semasa snorkelling. sikit2 jer gambarnya kalau dalam fb banyakla yang diupload..

Aktiviti wajib dilakukan kalau ke pulau2..
v
v
v
snorkelling

Ni pulak aktivti second day kat sana..destinasinya ke Kinabalu Park.. Perjalanannya jauh la sikit daripada KK lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai ke sana..pemandangan memang menarik..hijua je sepanjang perjalanan..Masa pergi pagi tu kabus punyala tebal, memang tak nampak langsung puncak gunung. bila dah on the way balik barula nampak sikit..ni pun gambar dah masa nak turun balik..nampak puncak dari jauhla...

salah satu pemandangan yang cantik masa dalam perjalanan..air terjun yang kelihatan dari kejauhan..Indah sungguh ciptaan-Nya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin