Sabtu, 21 April 2012

Battleship time

Gara-gara selalu sangat member2 update citer ni best kat facebook
so tak nak lepaskan peluang nak tengok jugak
ingatkan filem ni biasa2 jer
sebab tak banyak promo sebelum ni
rupanya best jugakla..
















Sebelum tengok American battleship ni 2 minggu lepas
pergi tengok filem kat bawah ni..

Rabu, 4 April 2012

Kisah haru di suatu pagi



Tepat 6 pagi alarm handfonku berbunyi..
tanpa bermalas-malasan terus bangunkan diri
gosok2 mata,gosok gigi dan terus mandi..
next sembahyang, then iron baju hubby and baju sendiri
dah siap2 semua tengok jam dah 6.30 pagi

Lepas tu sebelum nak keluar capaila jam tangan
tengok2 pukul 4 lebih. laa..bateri jam dah abih kata dalam hati
betul2kan jarum jam, then keluar bilik
sebelum keluar kejutkan hubby dulu untuk solat
tengok jam dinding eh baru nak pukul 5??
takkan bateri jam dinding pun abis jugak
try tengok jam hubby pulak pun sama..
tak puas hati lagi, tengok jam astro pulak

dammmn.. aku dah tersalah tengok jam rupanya
gara2 jam handfon yang tak disetkan semula waktunya
coz malam tadi sebelum tidur surf intenet tiba2 hang pulak dia
so kena cabut bateri that's why dah tak betul masanya.

patutla bangun tadi rasa sunyi semacam je
tak dengar org azan, bunyi kereta motor
lalu lalang pun tak kedengaran
rupanya aku terbangun bersiap sebelum 4 pagi
dan 4.30 dah nak keluar rumah..
nasib baikla terdetik tengok banyak jam lain
so sementara tunggu masuk waktu subuh tu
sempatla siapkan ringkasan mengajar dulu
ada jugak hikmahnya aku terbangun awal hari ni..
hahaha...haru, huru hara betul...

Gambar hiasan semata-mata

Rabu, 21 Mac 2012

15 tahun yang lalu..

Kenapa tajuk entry macam tu ye??
Sebabnya sempena hari dapat tahu result SPM ni..
So perkaitannya terimbasla kembali kenangan itu.
rupanya sedar tak sedar
sudah 15 tahun berlalu meninggalkan alam persekolahan
(padahal sekarang pun duk di alam sekolah gak..huhu)
mengingat kembali debaran itu..hehe kelakar,terharu, terkejut semua ada..
Result aku tak adala gempak sangat masa tu..
just okla bagi seorang pelajar sekolah harian biasa..
takleh nak lawan dengan pelajar MRSM, SBP or whatever..
Result yang cukup untuk membolehkan aku
ikuti program matrikulasi UKM masa tu..
Alhamdulillah sebab aku dah berjaya lalui semua cabaran itu..


Isnin, 12 Mac 2012

Pengisian Aktivti Masa Cuti


Kenapa aku buat tajuk entry seperti ini? Ini adalah kerana aku menghadapi dilema apa yang nak dibuat sewaktu cuti sekolah?..nama cuti sekolah, so segala aktiviti yang tak ada kaitan dengan sekolah okey... Biasala asal cuti sekolah je aku tak berpeluang seperti orang lain pergi melancong ke sana sini. Bukan masalah kewangan, tapi masalah big boss yang tak boleh ikut cuti bersama..

Ok antara aktiviti yang boleh dilakukan masa cuti:

1. Seperti yang sedang aku lakukan sekarang ni--> mengupdate blog.. huhu bukan senang nak cari masa yang sesuai nak update blog kan?? So masa cuti ginila boleh update entry, hias2 blog ke, blog walking ke.. apa2 sahaja yang berkenaan dunia blog.

2. Membaca novel yang tertangguh. Macam aku ni bukan main semangat bila membeli novel, tapi nak mulakan membaca tu ada masalah sikit. Aku tak suka baca yang bersambung2. kalau boleh nak habiskan terus. Pasti ambil masa kan?? So waktu cuti macam ni dalam masa sehari dah boleh habiskan satu novel,then sambung novel lain pulak.. macam yang aku tengah baca sekarang ni..

3. Shopping/ Window shopping. Kalo berada di kampung ni, aku pasti berkunjung ke Desa Murni ( pusat tudung & kain pasang ) ke, Pasar Payang ke.. Mencuci2 mata or kalo ada yang berkenan sambarla terus. tapi yang lecehnya nak pergi shopping takde temanla pulak. tak seronok pulak jalan sorang2...

Ahad, 11 Mac 2012

Peristiwa perjalanan balik kampung.

Entah kenapa cuti kali rasa semangat nak balik kampung sangat berkobar2 hendak balik. Setiap hari pasti menghitung hari menunggu hari terakhir sekolah. Mungkin nak melepaskan fikiran yang sentiasa terbeban dengan kerja. So dalam masa seminggu nilah nak cuba melupakan semua hal berkenaan kerja.

Maka hari sabtu berangkatla kitorang dari Penang menuju ke Terengganu melalui jalan raya Timur-Barat. Sebelum balik en suami dah memeriksa semua keadaan kereta sebelum bertolak. Nak bertolak tu macam biasala baca doa naik kenderaan dulu. Cuaca pada awalnya baik, redup je..tapi bila dah memasuki kawasan Gerik dan mula mendaki kawasan banjaran Titiwangsa tu mulalah hujan.

Aku dah mula risau jugak dengan keadaan jalan basah dan licin. Sentiasa berpesan pada en. suami jangan pandu laju2 sangat. Jalan pun tak berapa elok berlubang sana sini. Bila sampai kawasan mendaki jika ada lori maka terpaksala menunggu ada lorong memotong, barula boleh memotong kenderaan berat tu.

Sehinggala sampai ke satu kawasan selekoh, berbukit semua kereta perlahan. Rupa-rupanya ada kenderaan yang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung. Masyaallah.. kitorang tak berhentikan pun kereta untuk turun lihat apa yang terjadi sebab pada masa tu hujan. Harap2 tak adala perkara buruk yang berlaku kepada semua yang ada dalam kenderaan tersebut.

Kami meneruskan perjalanan dah memasuki kawasan jajahan Jeli pula. Tiba2 kereta yang kami naiki terasa lain. Bukannya ada perkara misteri pun, cuma tayar yang bermasalah. Bila chek rupanya tayar depan dah gelembung..terkejut jugakla. Kalau lambat sikit berhenti entahla apa yang akan jadi.

Kitorang memang bernasib baik bila jadi macam tu elok2 je berhampiran dengan kedai servis tayar. Fuh..lega so takdela masalah sangat. Padahal sepanjang perjalanan sebelum tu semuanya hutan, bukan kawasan penempatan. Kat situ hanya ada ladang getah, sebuah kedai makan (tutup) dan workshop tu. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami walapun workshop tu serba tak lengkap. kami teruskan perjalanan sehingga ke jerteh barulah dapat tukar kedua2 tayar depan yang baru.



Isnin, 5 Mac 2012

Time Balik Sekolah

Inila aktiviti bila time bosan menunggu feri.. balik dari sekolah kalo malas drive so naik feri je la. Tp yang lecehnya bila naik feri ni bila bab menunggu lama la sikit..kalau nak cepat baik drive sendiri lalu jambatan..walaupun jauh sikit tapi boleh speed laju..kalau nasib tak baik kena speed trap.huhu

Bila dah menunggu lama tu sempatla jugak berfb, update blog ke..hihi saje leh isi masa sambil duk menunggu tu. nak tidur sekejap pun boleh tapi bimbang jugak la kot tertido mati..kot nanti kena hon dek orang blakang bila kereta patut jalan. Tp x pernah jadi lagi la macam tu setakat ni..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, 26 Februari 2012

Majlis sambutan maulidur rasul

Sambutan kali ni simple2 aje.. tak boleh buat besar2an sangat.tak boleh berarak macam sekolah lain. alasannya sebab tu sekolah mubaligh...ntahla no komen.

So buatla kat dewan MGS aje. Antara aktiviti2 yang dijalankan kuiz, (untuk cikgu2 pun ada soalan siap dapat hadiah lagi),persembahan nasyid dan akhir sekali ceramah mengenal nabi.

Sekalung tahniah buat ketua panitia agama islam & ustazah2 yg bertungkus lumus menghadapi cabafan nak menjayakan program tersebut.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Adnan Sempit 2 Aku punya review..

Malam tadi sempatla gi tengok AS2 selepas 2 hari ditayangkan di pawagam..memang ramaila orang yang berpusu2 nak tengok citer tu. tengok kat kaunter beli tiket tu pun dan selling fast..nasib baik kitorang dh booking online siap2 tak perlu bratur panjang nak dapatkan tiket.

Awal2 cerita lagi orang dah start gelak.bagi aku biasa2 je mula2 tu.pas tu makin lama makin menjadi plak lawak cerita tu.aku pun turut ketawa sampai2 kontrol2 tak nak gelak kuat2 sangat. tapi ada orang kat belakang aku tu dari awal cerita sampai abis cerita dia ketawa...bila habis je cerita masa jalan nak keluar dari hall tu masih terdengar lagi orang ketawa tringatkan lawak dalam cerita tu. siap bagi komen" kalo macam ni malam esok nak datang tengok lagi la.."


betapa kuatnya pengaruh cerita AS2 ni. sampai kami yg tak berapa suka tengok cerita2 melayu ni turut terpanggil untuk tengok.Kesimpulanya cerita ni best jugakla boleh bagi 4*. ok la tu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 24 Februari 2012

The Journey, Ghost Rider & Adnan Sempit punya sequel..


Filem last yang aku tengok kat wayang citer MI:Ghost Protocol bulan 12 2011. Lepas tu lama jugakla tak berkunjung ke cinema. kalo tengok citer pun beli dvd je or download dari intenet biasanya citer melayu la termasukla Ombak Rindu.

Tapi semenjak 2 menjak ni asyik pi cinema je.. biasanya tunggu ada citer yan
g best baru pi tengok cinema. Tapi kali ni citer yang biasa2 je pun belasah je la.. may be nak release tension, banyak sangat kerja sekarang ni..

Dalam masa 2 minggu ni 3 citer jugakla melayan.. citer first gi tengok Journey 2 versi 3D lagi .lepas tu minggu lepas tengok Ghost Rider2.And malam ni pi tengok Adnan Sempit 2 plak.. hahaha semua filem yang ada sequel..Pergi tengok pun sebab dapat tiket online yang beli 1 dapat percuma 1. Save budget, hehehe..



Khamis, 23 Februari 2012

Try blogger droid plak

Sambil duk baring2 tengok tv

jari jemariku sempat jugak menaip

sebenarnya nak acu cuba try test je

update blog via android plak


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 21 Februari 2012

Musim sibuk yang paling teramat sangat


dah tau tengah sibuk tapi sempat jugak
mengupdate blog..kalau time x sibuk
takde pulak datang menjengah ke sini..

Kalau cikgu2 BM tengok tajuk entry aku ni
mesti marah sebab guna tatabahasa yang salah
tapi aku nak guna jugak nak tunjuk
betapa aku sangat buzy sekarang.

buzy dengan apa ye??
banyak sangat kerja2 perkeranian yang hendak disettlekan
(sekali lagi marah cikgu BM kalo baca ayatku ini..)
Pendek kata sebelum tutup mata
kerja..kerja..kerja..
nasib baik x jadi macam orang ni..huhu haru huru hara..haha

Ahad, 19 Februari 2012

Update blog via sgw ..


bila online fb sekarang ni rasanya dah malas nak update status.
kalo dulu tiap2 hari mesti nak update status.

tp sekarang ntahla macam bosan je dengan fb.
dah takde ape yang menarik dah dengan fb tu.
mungkin sebab aku dah stop main game kot,
tu yang macam takde apa2 yg menarik dah nak buat kat fb.

Daripada aku menghadap fb yg bosan tu
baik aku update blog yg telah lama ditinggalkan usang ni..huhu
nak try update guna hp plak..
tak pernah dibuat..at least leh update blog..
nak cerita panjang2 may be next time la.full stop now.bye

Sabtu, 4 Februari 2012

Semangat Yang Hilang..

1st entry for dis year in Feb 2012??
huhu..betapa pemalasnya tuan empunya blog
nak update blognya..
Bukan malas okey..
Cuma tiada masa & tiada semangat utk hapdet
Nak tunggu semangat yang hilang tu muncul kembali
tp bila ye?? mungkinkah 2013??
huhu...just wait & see bila sampai waktunya.

Blog Widget by LinkWithin