Ahad, 26 Februari 2012

Adnan Sempit 2 Aku punya review..

Malam tadi sempatla gi tengok AS2 selepas 2 hari ditayangkan di pawagam..memang ramaila orang yang berpusu2 nak tengok citer tu. tengok kat kaunter beli tiket tu pun dan selling fast..nasib baik kitorang dh booking online siap2 tak perlu bratur panjang nak dapatkan tiket.

Awal2 cerita lagi orang dah start gelak.bagi aku biasa2 je mula2 tu.pas tu makin lama makin menjadi plak lawak cerita tu.aku pun turut ketawa sampai2 kontrol2 tak nak gelak kuat2 sangat. tapi ada orang kat belakang aku tu dari awal cerita sampai abis cerita dia ketawa...bila habis je cerita masa jalan nak keluar dari hall tu masih terdengar lagi orang ketawa tringatkan lawak dalam cerita tu. siap bagi komen" kalo macam ni malam esok nak datang tengok lagi la.."


betapa kuatnya pengaruh cerita AS2 ni. sampai kami yg tak berapa suka tengok cerita2 melayu ni turut terpanggil untuk tengok.Kesimpulanya cerita ni best jugakla boleh bagi 4*. ok la tu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin