Khamis, 30 April 2009

Balik Kampung...

Yahuu..esok cuti.. tapi cuti ni takde plan pegi berjalan mana2 just balik kampung Parit Buntar.. Jenuh jugak nak sampai coz jauhla jugak perjalanannya.. Nasib baik dah tak guna minyak kereta dah di'transform' guna NGV so save la bajet..Kalo dulu bajet balik kampung hampir RM500 untuk petrol dengan tol tapi sekarang leh jimat lebih dari separuh..so tak berkira sangatla dengan bajet tu..walaupun balik untuk 3 hari sahaja..


So petang nanti nak bertolak balik kampung..kul berapa agaknya sampai sana nanti..banyak tempat pulak tu nak menyinggah..Hari ni nak tengok berape lagu mp3 yang main kat modulator tu start darpada mula perjalanan sehingga sampai..dalam mp3 tu ada 400+ lagu..hehehe.. layan jer la...


Panggilan Pulau..

Kitorang ni pantang kalo ada cuti mesti nak pegi jalan2. Mesti dah ada perancangan awal nak pegi mana2 tu. Masa awal2 kawin dulu suka gak pegi pulau..honeymoon la katakan..hehehe.

Ni masa gi Pualu Tioman



Ni masa gi Pulau Kapas


Ni pulak Pulau Sentosa kat Singapore..errk pulau la jugak kan. kalo pulau lain nak pegi kena naik boat or ferry tapi uniknya nak pegi Sentosa island ni naik cable car...


Ni plak kat Pulau Langkawi..Leh melawat gunung ni..kalo tadi nak pegi pulau sentosa naik cable car yang ni plak naik cable car untuk ke puncak gunung Mat Chincang. Yang menariknya atas puncak gunung ni ada satu jambatan yang menghubungkan antara dua puncak gunung ni..very intresting...




Rabu, 29 April 2009

Pemanasan Global / Global Warming


Perasan tak sekarang ni asyik rasa panas jer..walaupun hari hujan tapi tetap ada rasa panas tu..saper2 yang gunakan aircond tu sure bil elektrik melambung2...So nak share la ape sebabnya yang kita duk rasa panas sangat sekarang..

Apakah itu Pemanasan Global?

= Peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semulajadi.
Bagaimanakah pemanasan global terjadi?
  • Apabila gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, (daripada asap2 kilang dan kenderaan) kloro flourokarbon (CFC), metana dan nitrus oksida menyerap sinaran daripada matahari dan mengeluarakan semula sinaran tersebut, suhu purata atmosfera bumi akan meningkat.

  • Aktiviti-aktivi manusia seperti penjanaan tenaga elektrik, peningkatan pengangkutan dan penggunaan CFC untuk tujuan pengawalan udara (airconditioning) dan sebagai ‘propellant’ dalam bekas aerosol, telah menyebakan pengeluaran gas – gas tersebut meningkat.
  • Antara gas-gas rumah hijau yang paling banyak menyerap radiasi tenaga haba daripada bumi adalah CFC. CFC pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan meyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon bertindak melindungi kehidupan bumi daripada radiasi merbahaya seperti sinaran ultra lembayung (UV) B

Apakah akibat pemanasan global?


  • Pemanasan global juga akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artic dan Antartika. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam aras laut. Kawasan-kawasan dan bandar-bandar tepi laut seperti New York dan Rotterdam sudah mula mengalami kenaikan aras laut.

  • Ada juga jangkaan bahawa perubahan cuaca akan mempengaruhi kekerapan dan ‘intensity’ribut. Salah satu contoh adalah kekuatan dan kebinasaan yang disebabkan oleh rebut Katrina di Amerika Syarikat pada tahun 2005 dan banjir yang dialami di Malaysia di hujung tahun 2006 hingga awal tahun 2007.


pencairan ais dan glasier

Awasi Pemakanan Kita

Ni aku ada dapat email so nak berkongsila dengan semua. Sebenarnya ape yang kita suka makan tu boleh mengundang bahaya kepada badan kita ni..

BAHAYA MAKAN KEPAK AYAM..


Elakkan daripada selalu makan bahagian kepak ayam ni, terutamanya kaum perempuan; ni kisah benar ..! Ada kes wanita yang mengalami ketumbuhan atau sist dalam rahim dan dia pergi mendapatkan rawatan dengan cara melakukan pembedahan untuk membuang sist tersebut. Dalam sist tu mengandungi darah yang berwarna coklat. Dia fikir dia telah sembuh selepas pembedahan itu tetapi dia silap.

Benda tu kembali ada semula selepas beberapa bulan. Kerana tertekan dia mendapatkan konsultan dengan pakar ginekologi. Semasa mendapatkan rawatan, doktor pakar tersebut bertanyakan soalan adakah dia ni selalu makan kepak ayam? Dan dia mengakui memang selalu makan kepak ayam dan doktor dapat sahkan penyakit tersebut disebabkan oleh tabiat pemakanan wanita ini.

Jadi kita boleh lihat zaman serba moden sekarang, anak2 ayam ni disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan tumbesaran. Ayam2 ni biasanya disuntik steroid pada bahagian kepak. Jadi bahagian kepak ni mempunyai ketumpatanatau kandungan steroid yg lebih tinggi berbanding dengan bahagian lain. Steroid ni juga memberikan kesan kadar pertumbuhan dan pembesaran yang cepat. Ia semakin berbahaya jika terdapat tindakbalas dengan hormon wanita yang boleh menyebabkan wanita cenderung mengalami pertumbuhan sist dalam bahagian peranakan.

Oleh itu, adalah dinasihatkan kepada wanita2 di luar sana supaya berhati2 dalam amalan pemakanan kita dan kalo boleh elakkan daripada makan chicken wings ni...

Di Kala bosan...

Kalo aku bosan duk umah antara aktiviti yg aku lakukan tengok tv la.. channel movies kat Astro..Mula-mula tu hubby tak kasi pasang astro coz duk kat Jb ni dah dapat banyak channel lain-lain daripada Singapore dan Indonesia tapi aku tak kira nak pasang gak astro.. takpelah siaran astro ni lebih jelas kalo nak banding siaran biasa punyer..


Ni ada koleksi skek2 novel2 and magazines..dulu2 memang suka sangat membaca tapi sekarang dah asyik buzy jer nak khatam satu novel pun punyala susah..tapi kalo time cuti2 tu ada la jgak baca novel adik2 punya..


Ni sebuah novel yang aku baru abis baca setelah sekian lama tak membeli dan membaca novel. Aku rasa saper2 yang minat RAM ni mesti tak lepas nak baca novel keluaran dia...bagi aku cerita ni ok la..not bad...

















Gambar pernikahan...

Aku suka lihat gambar pengantin masa majlis pernikahan...jadi kat sini aku nak menepek bebepa gambar nikah tp bukan aku punya jer tapi orang-orang lain jugak.. saje jer untuk memeriahkan laman gambar nikah ni...









Tentang Kami...



Aku ni seorang isteri kepada seorang lelaki yang bernama NUBHAN, bukannya Nubhan yang penyanyi yer..Inilah orangnya...



Kitorang kenal sewaktu menjadi pengawas peperiksaan UPSR di sebuah sekolah masa tahun 2oo6. Kenal tak lama lepas tu terus ajak kawin..aku ingatkan dia main2 jer tapi rupa2nya betul2..Akhir tahun tu bertunang



Setahun lepas tu kitorang kawin pada 18.8.2007 tarikh anniversary kitorang....


Dah hampir 2 tahun kitorang masih menunggu 'sesorang' untuk memeriahkan lagi hidup ini.. masih belum ada rezeki nampaknya..

Selasa, 28 April 2009

Tentang diriku....




Ini adalah key chain pemberian oleh dua orang yang istimewa dalam hidupku...

Nampak tak ape yang ditulis ape makna pada nama Faridah tu??


Mungkin ada betul jugak sikit2 tak pun banyak2..hehehe


Jadi ku ingin ucapkan terima kasih kepada dua insan ini iaitu Sahabatku dan Suamiku...




Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah..




















Aku seorang insan yang baru bertatih untuk belajar dalam membuat blog sendiri jadi banyak perkara yang perlu saya pelajari untuk membuat blog yang cantik,nice,marvellous, dan yang sewaktu dengannya seperti bloggers yang lain2. Jadi diharap bloggers yang lain dapat membantu memberi tunjuk ajar, panduan dll.. Jasamu dikenang..
Blog Widget by LinkWithin