Sabtu, 30 Mei 2009

Jom Heboh Vs Pesta Buku


Hari ni merupakan hari yang paling sibuk aku..sepatutnya dah start cuti ni bolehla relax2 tp bagi aku pulak sebaliknya...sampai nak update blog pun terpaksa curi masa lewat mala sebelum tido..Banyak2 benda aku buat hari ni satu gambar pon aku tak snap nak diupload pada blog ni..memang aku ni jenis tak suka sangat amik2 gambar ni..
Bermula dari pagi, aku ada program UPSR kat skolah.. tengah hari pulak ada majlis pertunangan sedara hubby kat Jb..Dah sampai JB ape lagi terusla melencong ke Danga bay plak lepas majlis tu..Memang ramai orang kat situ nak cari parking tak usah nak critala..



Round kejap jer kat Jom Heboh tu, then pegi pesta buku pulak..Memang ketara betul Jom Heboh ni nak bandingkan dengan Pesta buku..betapa tak ramai orang senang jer dapat parking nak gi pesta buku ni...Memang rakyat Malaysia ni kurang minat membaca..Tapi kalo bab konsert, tak payah disuruh2..paham2 je la..







Jumaat, 29 Mei 2009

Award & Tag



Award ni diberi oleh :

MAMADANISH78 - Kawan paling dekat...HE2

Terima kasih byk2 yek..dan untuk award ne..
kena ler menjawab tag.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie.

MAMADanish78 anda seorang..-
* yg sentiasa ceria, happy go lucky, peramah dan yg sewaktu dengannya..
* seorg isteri, ibu, surirumah dan blogger yg berjaya..heehehe
*sedang berusaha untuk mendapatkan baby girl, ( adik danish )
*memang bergaya orangnya..
*dia ni wife kawan hubby aku..sbb tu kitorang kenal..

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya...

* Isteri kpd seorg guru (nubhan)
* Aku pun cikgu gak...
* bekerja di sebuah skolah rendah di pasir gudang
*blom ada anak lagi (coz ada endometriosist) tgh mengharapla ni..
* aku ni pendiam jer
* tak suka asap rokok
* hobi layan internet
* hobi lain; melancong..
* Tak suka membebel

Alamak tak cukup 10 la coz tak tau nak tulis ape pasal diri sendiri...kalo orang lain nak tambah silakan...hehehe...satu lagi aku tak tau nak pilih saper Penerima award seterusnye dan describe ttg mereka coz aku ni tak ramai kawan..dan kalo saper2 nak terima pass baton ni sila2kanla...
Award2 lain dari MamaD..thanks again..

yang ni plak daripada Baiya..terima kasih kepada mereka yang rajin memberi award dan mengetag aku ni..kalo terlambat amik award, buat tag tu minta maaf banyak2 yer..tp buat tetap buat..

Peristiwa di panggung wayang...

Amboi..wat suspen tulis tajuk..tapi memang suspen pun. Nak ceritala pengalaman semalam aku ngan hubby pegi la tengok wayang kat Pelangi leisure mall nak tengok citer ni haa...kitorang ni pantang ada citer best baru kuar, mesti nak tengok masa hari opening.. so semlm pegi la tengok show kul 4.45 pm.



Tapi kan, masa tengah syok2 tengok citer tu tiba2....gelap seluruh panggung..eeii..ape ni orang tengah syok tengok tiba semuanya gelap. Ingatkan kejap jer rupa2nya blackout seluruh leisure mall tu..geram betul tengok citer tak abis..kalo nak tengok kesudahannya orang GSC tu suruh datang lain kali tp bukannya masa weekend coz time weekend for sure full lgpun citer ni baru kluar. dia suruh datang minngu depan. hubby aku marahla katanya kalo tunggu munggu depan citer dah basi la..saborje la..so kitorang decide nak gi tengok semula malam ni nak tengok kesudahannya..


Rabu, 27 Mei 2009

Kursus @ Hotel Seri Malaysia, Mersing

I'm back..selama 3 hari ni tuan umah takde coz 'outsation' di Mersing. Dihantar bkursus untuk guru2 Sains yang terpilih..Sebenarnya aku pergi ni pun sbb gantikan guru lain. Tp okla jugak coz kursus ni tak memboringkan...

Standardla hotel pilihan org gomen kalo wat kursus; hotel seri Malaysia..biasa2 jer tempat ni. Tempat untuk berkursus bukannya utk bersenang lenang..ni bilik yang aku duduk. Sebenarnya kalo tengok katil, bilik ni untuk 4pax. tp aku duk berdua jer dalam bilik ni. okla, takla padat sangat.

Kat Mersing ni takder tempat sangat nak dituju..nak pegi ke Pantai Air Papan hari dah lewat, so sempat ambil angin kat pantai belakang hotel seri malaysia jer la..Pantainya dah tak berapa menarik banding dulu2..

Ahad, 24 Mei 2009

Jalan2 di hari Ahad



Hari ni tak pegi bejalan mana2 pun maklumla dari pagi hubby duk kat camping site. Petang baru dia ajak jejalan kat sini2 jer..Hubby ajak pegi tempat sarang buaya. Tempat tarikan terbaru kat Pasir Gudang ni, tp blom siap sepenuhnya lagi.. Bukan Taman Buaya yer, tapi sarang buaya..memang tempatnya kat hutan paya bakau kat tepi pelabuhan Tanjung Langsat...Sbb tu dinamakan sarang buaya kot bukannya taman buaya..

Sabtu, 23 Mei 2009

Award untuk MamaDanish...

Ni nak bagi pemberian aku plak pada MamaD. Selama ni asyik dia jer yg memberi. So kali ni aku nak bagi pada dia plak. MamaD ni banyak bantu aku dalam blog2 ni..Dia la yg beria2 suruh aku wat blog jugak. Mulanya aku malas gak nak wat. tp bila dah buat ni, layan jer la..

So MamaD terimala award ni dan kalo nak bg pada kawan2 baik MamaD yg lain pun boleh..

Jumaat, 22 Mei 2009

Yahuu..dh lulus PTK

Fuh..lega. Lulus jugak akhirnya PTK kali ni..Tahun ni tahun ke-3 peksa, nasib baik dapat 4. Tahun lepas dah lulus 1 paper,tahun ni abiskan 1 lg paper..nasib baik dh lepas.
Selama ni duk marah murid kalo x pas peksa, tp cikgunya kalo peksa PTK pun x lepas2 jugak..heheh. Akhirnya aku leh menarik nafas lega..

Award lagi...

Orang bagi award pon x pegi amik2 lg..ni baru berkesempatan nak amik award..TQ mamaD coz selalu datang sini mengetag, beri award kat aku ni..Asyik menerima daripada orang, nak jugak membalas pemberian orang kan..to mamaDanish tunggu award drpku ye...Tungguu...

Rabu, 20 Mei 2009

Tag 2 drp MamaDanish

Sebenarnya dah lama MamaD bg tag ni..tp ni baru sempat nak jawab tag dr dia. Sorry MamaD...

1. Nak tau sangat nama singkatan korang,umo dan dok mana....???
Nama singkatan atau nama paggilan aku cik dah,
umo 29thn duk kat sebelah taman umah MamaD..
kitorang ni duk dekat2 jer. Selalu la gak pegi umah dia..

2.Tiap2 hari ke korang bukak Blog nih???..biasa kol berapa??lama tak?
Bila dh ada blog sendiri ni tiap2 arila buka blog; kecuali out of coverage,hehehe..
Waktu kat sekolah tak sempat pun nak bukak, jadi biasanya waktu balik sekolahla baru bukak..
Bukak drp pukul 3-5 (lebih kurangla..)

3.Bila dah on kat Blog...apa yg korang buat ek???
Kadang2 update new post...
Kadang2 update blog..
Kadang2 jalan2 kat umah orang..hehehe

4.Penah tak sedang asik melayan intenet ni...korang telah abaikan sesuatu....?
Terabai sesuatu xde tp kalo teralit or terleka tu adala..
X sedar tgk2 jam dh sekian waktu.. huhuhu

5. Macamana cara korang masak maggie ek???
Makanan seperti maggie dan jajan hubby x benarkan makan..
Memang lepas kawin dh x makan maggi ni.
(Bila dh dapat cara yg betul masak maggi ni, dh leh makan kot! )

6. hubby korang tau tak korang ada blog ni....penah tak hubby korang baca blog korang????
Tau..memang dia penah baca. Dia tak komen ape2 pon..

Ok tugasan siap..now masa untuk menerima award plak..MamaD suruh amik satu jer tapi aku nak dua2 gak, nak tambah koleksi..hehehe

Selasa, 19 Mei 2009

Kad daripada Ela..

Oleh kerana aku baru bkesempatan update pasal hari guru ni, jadi aku nak ucap bebanyak trima kasihla pada ela coz sudi kasi kad ni..( org memberi, kita menerima..hehehe)

Sambutan Hari Guru 2009

Sambutan hari guru ni semalam, hari ni baru ada masa nak update blog ni..huhuhu...Oleh kerana 16 Mei jatuh hari sabtu, jadi sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan pada hari Isnin, 18 Mei..semalam la.. x banyak gambo yang aku snap spjg majlis tu..antaranya ni la beberapa gambo yg aku snap guna handphone jer..

Acara yg diadakan pun biasa2 jer..macam sukaneka untuk cikgu2..ni ada gambo acara makan biskut tanpa guna tangan..cikgu2 lelaki jer yg join..Acara lain pukul bola hoki, baling gelung..



Ni antara hadiah2 yang aku dapat..xdela banyak sangat tp adala.. Sebenarnya kalo tanya cikgu2 lain pun, bukannya hadiah yg banyak diharapka, tetapi cukupla dibalas dengan kejayaan yg murid capai..Semoga anak2 muridku berjaya dunia dan akhirat..Amin

Isnin, 18 Mei 2009

Jalan2 Singapore..

Trip kali ni ke Singapore..Nak melancong luar negara yang jauh2 tak sempat lagi..Yang terdekat Singapore je la..X payah naik flight pon..Naik bas jer pon jadik. Banyak kali dah gak pegi Singapore tu..Untuk jalan2 leh la tp kalo nak shopping, pikir2 la..

Kitorang guna pakej daripada agen sempena MATTA fair tahun lepas. Guna pakej tu memang dapat murah coz dia nak promot pelancongan dia pada rakyat Malaysia ni. Kalo kita pegi macam tu jer mahal la. Dalam pakej tu kita leh round2 bandar dia naik bas mcm hop on hop off kat Malaysia ni tapi yg aku naik ni bas double decker tp xde bumbung..Pas tu leh naik duckwee iaitu boat yang leh jalan atas jalan raya pas tu dia masuk dlm air round pesisiran kota singa...


Then satu lagi leh naik Singapore flyer kalo kat Malaysia panggil eye on Malaysia..tapi Singapore punya lagi besar satu gondola leh naik lebih 10 orang, kalo eye on Malaysia tu 4 orang jer..Yg ni baru semalam kitorang pegi naik coz pegi yg dulu tu x leh naik benda alah ni coz ada problem masa tu..So dia suruh datang semula. Nasib baikla kitorang ni duk dekat je leh bila2 masa nak pegi naik flyer tu, kalo la jauh..x merasa dah nak naik flyer ni..


Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat Hari Guru

GURU OH GURU..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sajak ni slalu dideklamasikan sempena hari guru..Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada guru2ku yang telah mendidik diri ini menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara..dan kini aku meneruskan perjuangan kalian.."mendidik dan memimpin, putera puteri negara kita..."

Tag daripada MamaD..

Alamak kena tag dah ker..First time ni kena tag. Aduhh..apa nak jawab ni??? Dahla soklan2nya mencabar minda bagi aku yang bukan suri rumahtangga sepenuh masa ni..Ape2 pun diharapkan MamaD puas hatila dengan jawapan yang aku berikan ni..

1. Bila kali terakhir anda cuci toilet?
Baru semalam..

2. cuci kecuali dah kotor2?
Toilet ni dalam 3-4 hari skali aku cuci. Kalo lama2 tak cuci nanti kan, menanah mata aku tengok..

3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa?
Dalam banyak2 keje umah, mop lantai ni la yang paling jarang aku buat. maklumla duk berdua jer takder budak kecik yang mengotorkan lantai..nak kata brape kali tu..mungkin dalam seminggu tu langsung x mop..hehe kantoi. nak mop hari skolah mmg aku tak mop. biasanya aku mop di pagi Ahad yang aku rajin.hehehe...

4. Apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
Menjelang malam tu maksudnya sebelum malam kan..biasanya masak. Kalo takde tusiyen, lepas solat Magrib makan malam sambil tengok buletin utama...

5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?
Roti bakar. Malam2 ni kitorang jarang makan nasi kalo siang tu dah makan nasi...so malam2 benda2 ringan jer la macam roti or beli kuih2 kat pasar malam..

6. Minuman selalu anda buat waktu pagi?
Milo or tea..kalo kat tempat keje bancuh minuman dalam sachet...

7. Sebelum tidur apa yang anda suka lakukan?
Solat Isyak..Isyk3..mentang2la waktu Isyak tu panjang, tengah2 malam baru aku solat.Teruk betul.Yelaa..leh la kita tido dalam keadaan berwuduk...cett! alasan.hehehe

8.Siapa yang harus menjawab tag ini?
Sesiapa saja yang belum jawab tag ni...

Ok..akhirnya berjaya aku jawab soalan2 drp MamaD..so leh la aku amik award dari dia..Nak gantung kat blog.hehehe.ni pun award yang pertama aku terima...TQ very much MamaD

Khamis, 14 Mei 2009

Khasiat Lobak Merah

Aku kalo masak sayur-sayuran yang wajib ada carrot..ramai yang tau carrot ni elok so kat sini aku nak bagitau la lagi khasiat dia.. info dia aku dapat kat sini


Nama : Lobak merah
Huraian : Tumbuhan jenis ini sangat popular di negara kita. Jenis tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan digunakan sebagai bahan makanan dan perubatan.


Khasiat dan penggunaan

Tumbuhan ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B,dan C, garam, potasium dan karotin. Karotin menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser, manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama ‘teh’ untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.

Tumbuhan ini juga berupaya mengurangkan :

  1. kandungan gula dalam badan

  2. mencegah kanser

  3. mengubat kencing manis

  4. gout

  5. penyakit jantung

  6. penghadaman dan penglihatan.

Menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya :


  1. memecah angin

  2. menyembuh luka

  3. meningkatkan kekerapan kencing

  4. memecahkan batu karang

  5. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh menyembuh luka dan kanser


Sabtu, 9 Mei 2009

Buat mural

Hari ini sepatutnya cuti sempena Hari Wesak tapi terpaksa gak pegi sekolah untuk siapkan kerja yang terbengkalai. Kerjanya kena buat mural sebab ada pertandingan lukis mural antara cikgu2. Mural ni bukannya aku sorang jer yang buat tapi kerja berkumpulan. So inila hasilnya mural kumpulan kami. Biasa2 jer tengok kumpulan lain punya mural cantik2 gak. Kalo tak menang pun nak buat macamana..

Ni mural masih dalam proses belum siap lagi..

Nilah hasilnya selepas siap..

Khamis, 7 Mei 2009

I'm LONELY...

Kesiannya kat aku..kena tinggal sorang2 kat umah. Hubby kena pegi KL. 4 hari, lama jugak tu.. terpaksala duduk sorang kat umah ni. Nasib baikla aku ni jenis orang yang berani la jugak..baru pagi tadi pegi, dah rindu rasanya macam mana nak tunggu lagi 4 hari?? huhuhu..

tapi sebenarnya elok juga kadang-kadang kita berjauhan dari pasangan kita, ia makin menambahkan perasaan rindu dan kita akan rasa amat2 memerlukan bila orang itu tiada disamping kita..

Jadi dah duk sorang2 gini keje aku duk ngadap depan je la, layan intenet..sambil2 tengok tv kat depan ni ha..leh la update blog yang dah lama tak diupdate ni..sambil2 tu godek2 nak make-up la konon blog aku yang tak berapa nak lawa ni..ape2 je la..

Isnin, 4 Mei 2009

Kerja..selepas bercuti lama

Dah sebulan maka tamatla cuti mc lepas operation bulan lepas.. so dah mula bekerjala. Masa cuti panjang best jer leh rehat betul2. ni dah start keje maka banyakla keje nak settlekan keje yang banyak bertangguh. Dahla semalam penat baru sampai dari kampung. Perjalanan yang sangat meletihkan (walaupun bukannya berjalan, tapi naik kereta..hehehe). 12 jam perjalanan dari Parit Buntar ke JB. Memang jam teruk kat highway PLUS ngalahkan cuti raya pulak.. So layan jer la lagu mp3 tu.. Agak2 abis dalam 150 lagu main sepanjang perjalanan tu...ni la the real modulator dalam keta aku..yang post sebelum ni
en gugel punyer...hehehe...
Blog Widget by LinkWithin