Jumaat, 23 Oktober 2009

Bajet 2010..

Petang tadi ada perbentangan bajet 2010 so bersungguh2 la aku mendengarnya..(hehehe bersungguh2 ada makna la tu..) biasala orang gomen ni mesti nak tunggu pengumuman dapat bonus sebulan gaji ke..dua bulan gaji ke, tapi hasilnya tak sampai setengah bulan gaji pun..ape-ape pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang..kata orang bersyukur dengan apa yang ada.maklumla ekonomi pun tak berapa elok sekarang...
Namun dalam perbentangan tu ada beberapa perkara yang menarik perhataianku; antaranya
Keputusan 1:
Jabatan kerajaan wajib sedia pusat penjagaan harian anak-anak
KUALA LUMPUR: Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan peruntukan RM200,000 kepada setiap kementerian dan jabatan.
Sangat bagus..lepas ni kat bilik guru dan kat office sekolah dah tak macam nursery lagi..mesti ramai cikgu2 berasa lega at least takdela kita nak berharap pada bibik yang belum tentu jaga betul2 anak2 kita...
Keputusan 2:
Bajet 2010: Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam gred 41 hingga 54
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini.
Yang ni lagi bagus..biar sama rata.Kalo dapat banyak,semua sama2 dapat banyak..kalo sikit sama2 dapat sikit..asalnya aku antara golongan yang kurang bernasib baik kerana tak dapat apa2 imbuhan sebelum raya baru2 ni..tp at last dapat la jugak rm500 tu. Kalo dapat rm250 macam tak nampak jer..hehehe
Keputusan 3
Bajet 2010: Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia diperkenal
Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia akan diperkenalkan di bandar tahun depan di kawasan perumahan dan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari untuk rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selsema. Sebagai permulaan, sebanyak 50 buah klink akan dibuka dengan peruntukan RM10 juta
Keputusan 4:
Bajet 2010: Pelepasan cukai RM500 langganan jalur lebar
Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 sehingga 2012
Yang lain2 aku tak nak komen apa-apa maklumla aku ni bukan pakar ekonomi nak komplen itu ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin