Sabtu, 13 November 2010

Belayar dengan Star Cruise

Cuti Deepavali ari tu lama la jugak dapat cuti..kitorang awal2 dah booking untuk vacation atas cruise..cheewah macam orang kaya pulak...yelah orang kata star cruise percutian mewah..tapi sebenarnya ada jugak rate yang murah,sederhana dan yang mahal..tapi yang murah2 pun cecah jugak ke 1K..huhuhu...takpela sekali sekala nak rasa jugak pengalaman macam mana..

Kitorang sebenarnya teringin nak ke phuket or ke redang tapi tarikh yang kitorang free tak kena pulak..so ambil je trip Singapore-KL-Singapore selama 3 hari 2 malam kat atas kapal tu..gambar ni diambil masa baru sampai kat jeti Singapore Cruise Centre kat Harbour Front. nak magrib dah masa tu..sebenarnya masa berangkat pukul 11.59 mlm tapi magrib kitorang dah sampai situ..dah survey orang yg pernah naik cruise ni kata nak check in punyala lama..memang lama pun kitorang beratur hampir 2 jam untuk selesai urusan check in..

Bila dah selesai checkin rasa lega sangat2 dah leh masuk ke kapal..Atas cruise ni bab makan la paling best..makan 6 kali sehari sampai tak termampu nak makan..kalau lama2 duk atas tu mau naik berkilo2 berat..tempat makan yg open air mengadap laut ni namanya mediterranean terrace..tempat makan kat sini pork free, vegetarian corner pun ada. kitorang siap dapat voucher utk makan free di halal corner the Taj..kalo orang lain kena caj.
Perjalanan kul 12 malam dari singapore kul 2 petang baru sampai ke port Klang. sampai sana bolehlah turun untuk pergi round area KL..tap, i dengan syarat sebelum kul 9 malam dah kena berada atas cruise ni balik..part ni la yg x brape best sbb kitorang dah biasa dgn KL, kalau pelancong lain okla..diorang mungkin tak pernah sampai KL.
Ni antara koleksi gambar2 di atas dan di dalam Star Virgo ni..banyak lagi sebenarnya gambar, sebahagiannya aku dah upload dlm fesbuk..


Hehehe..mula2 rasa macam tak berani gak nak main water slide ni..sbb kena panjat tinggi jugak utk sampai ke puncak. tapi alang2 dah bawa swimming suit baik aku mandi manda sambil main water slide ni..seram la jugak sbb ada part betul2 atas laut tu tempat gelongsor tu transparent rasa macam nak terjatuh ke dalam laut..hihi.

Alamak rasa macam malas dah pulak nak bercerita..stop kat sini jelah..anyway best jugakla naik star cruise ni..kalau ada peluang nak pegi lagi..next destination==>phuket(maybe)...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin