Khamis, 14 Mei 2009

Khasiat Lobak Merah

Aku kalo masak sayur-sayuran yang wajib ada carrot..ramai yang tau carrot ni elok so kat sini aku nak bagitau la lagi khasiat dia.. info dia aku dapat kat sini


Nama : Lobak merah
Huraian : Tumbuhan jenis ini sangat popular di negara kita. Jenis tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan digunakan sebagai bahan makanan dan perubatan.


Khasiat dan penggunaan

Tumbuhan ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B,dan C, garam, potasium dan karotin. Karotin menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser, manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama ‘teh’ untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.

Tumbuhan ini juga berupaya mengurangkan :

  1. kandungan gula dalam badan

  2. mencegah kanser

  3. mengubat kencing manis

  4. gout

  5. penyakit jantung

  6. penghadaman dan penglihatan.

Menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya :


  1. memecah angin

  2. menyembuh luka

  3. meningkatkan kekerapan kencing

  4. memecahkan batu karang

  5. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh menyembuh luka dan kanser


3 ulasan:

  1. kebetulan aku br je bli carrot nk masukkn lm popia...nk letak byk cket ah lm popia kalu gtu...tq share info nih;)) sgt bgune la weh

    BalasPadam
  2. suka sgt mkn lobak merah..dh mcm arnab lak hehehe

    BalasPadam

Blog Widget by LinkWithin