Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mac 2012

15 tahun yang lalu..

Kenapa tajuk entry macam tu ye??
Sebabnya sempena hari dapat tahu result SPM ni..
So perkaitannya terimbasla kembali kenangan itu.
rupanya sedar tak sedar
sudah 15 tahun berlalu meninggalkan alam persekolahan
(padahal sekarang pun duk di alam sekolah gak..huhu)
mengingat kembali debaran itu..hehe kelakar,terharu, terkejut semua ada..
Result aku tak adala gempak sangat masa tu..
just okla bagi seorang pelajar sekolah harian biasa..
takleh nak lawan dengan pelajar MRSM, SBP or whatever..
Result yang cukup untuk membolehkan aku
ikuti program matrikulasi UKM masa tu..
Alhamdulillah sebab aku dah berjaya lalui semua cabaran itu..


Isnin, 5 Mac 2012

Time Balik Sekolah

Inila aktiviti bila time bosan menunggu feri.. balik dari sekolah kalo malas drive so naik feri je la. Tp yang lecehnya bila naik feri ni bila bab menunggu lama la sikit..kalau nak cepat baik drive sendiri lalu jambatan..walaupun jauh sikit tapi boleh speed laju..kalau nasib tak baik kena speed trap.huhu

Bila dah menunggu lama tu sempatla jugak berfb, update blog ke..hihi saje leh isi masa sambil duk menunggu tu. nak tidur sekejap pun boleh tapi bimbang jugak la kot tertido mati..kot nanti kena hon dek orang blakang bila kereta patut jalan. Tp x pernah jadi lagi la macam tu setakat ni..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, 26 Februari 2012

Majlis sambutan maulidur rasul

Sambutan kali ni simple2 aje.. tak boleh buat besar2an sangat.tak boleh berarak macam sekolah lain. alasannya sebab tu sekolah mubaligh...ntahla no komen.

So buatla kat dewan MGS aje. Antara aktiviti2 yang dijalankan kuiz, (untuk cikgu2 pun ada soalan siap dapat hadiah lagi),persembahan nasyid dan akhir sekali ceramah mengenal nabi.

Sekalung tahniah buat ketua panitia agama islam & ustazah2 yg bertungkus lumus menghadapi cabafan nak menjayakan program tersebut.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011..

16 mei datang lagi.. hari yang sangat bermakna bagi menghargai warga pendidik.. jika hari ini aku berjaya menjadi cikgu pun sejarahnya bermula dengan seorang guru.. Aku sangat2 hargai setiap tunjuk ajar yang dicurahkan oleh guru2ku terdahulu..tak kira masa sekolah rendah atau sekolah menengah.. memang banyak pahit manis yg telah dilalui sepanjang 8 tahun jadi cikgu ni..

tapi tahun ni kami tak celebrate teacher's day pada 16 mei tapi dah ditunda tarikh ke hari terakhir sebelum cuti pertengahan tahun memandangkan start hari ni mid year xm dah bermula..tapi walaupun tak tiada apa2 sambutan tapi ada juga murid yg sudi bagi hadiah,kad, bunga, dll..terima kasih anak2ku..terharu sangat2..


Kad ucapan daripada hasil tangan seorang murid Tahun 2...

Sabtu, 26 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat MGS

Walaupun majlis sambutan kali ni tak semeriah masa dengan sekolah lama, namun program ni tetap dijalankan secara sederhana. Seperti kata2 wonderpets..'Apa yang penting?...kerjasama ' yang telah ditunjukkan oleh guru2 dan murid2 Islam kat sini...

Apa yang peliknya kat sini susah nak bezakan murid2 kat sini dia muslim ke tak..maklumla, kat sini ramai india muslim,masa ni lah boleh nampak kerana murid islam mesti semua kena pakai tudung..dan mulalah ada yang tak reti nak pakai tudung..gambar kat atas sue tolong pakaikan tudung untuk murid2 tahun1..




Perbarisan puteri2 aje..takde putera tau...


Persembahan lagu puisi oleh 3 orang cikgu lelaki MGS..

Isnin, 31 Januari 2011

First entry for 2011..

Dah 31 Januari bermakna dah sebulan berlalu untuk tahun baru ini...dah nak masuk tahun baru yang lain pulak ni..-->Tahun Baru Cina la.. ni adalah fisrt entry bagi tahun ni..pemalas betul nak update blog..aku bukannya berblog untuk perkara2 yg serius just untuk merelease tension.. okla tu..

Dah sebulan memulakan kehidupan di utara tanah air ni..so far semuanya ok, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh-Nya..sekolah ok,kawan2 baru pun ok, suasana pun ok cuma yang tak ok sikit dapat sekolah dekat2 bandar.bila dekat dengan bandar faham-faham jelah, asal waktu puncak je, jem..teringin sangat nak mengajar di sekolah2 kampung.. Tapi Insyaallah dengan keizinan dariNya akan bertukar sekolah lagi untuk sesi pertukaran akan datang..

Semoga hari-hari yang mendatang, segala-galanya akan berjalan lancar..Insyaallah

Rabu, 19 Mei 2010

Sekitar Majlis Sambutan Hari Guru 2010

16 Mei tarikh untuk meraikan Hari Guru yang mana meraikan aku la tu..hehe. Tp kali ni sambutan diadakan pada hari Isnin sebab 16 Mei tu jatuh hari Ahad.. Biasala sebut hari guru ni sinonim dengan hadiah2 untuk cikgu2..yela bukannya selalu guru diraikan. Tapi bagi aku tak kisah pun kalau tak dapat hadiah yang penting murid2 aku dapat ilmu daripada aku..
Bergambar kenangan sesi pertukaran hadiah antara guru2.. Tengah2 bergambar tak sangka ada gambar candid oleh paparazi zaki (jurukamera sekolah kami) hehehe..

Antara koleksi hadiah yang dapat tahun ni..Ni pulak hadiah bukan aku yang dapat tapi cikgu lain..sibuk jer nak ambil gambar.sebab aku rasa hadiah ni lain daripada yang lain...

Isnin, 16 November 2009

Family Day SKTC







Sukan di sekolah

Malas nak taip panjang lebar..sikit jer gambar masa hari sukan sekolah..





Ni plak perlawanan futsal murid tahun 6..syaratnya kena pakai kain batik @ kain pelikat barula mencabar sikit..

Ahad, 8 November 2009

Hari Sabtu yang Penuh??

Fuh..kalo ikutkan takwim sekolah, memang setiap Sabtu akan penuh dengan aktiviti sehinggala cuti sekolah..tu pun blom abis lagi program, sabtu dah cuti pun still la jugak ada lagi..namun alhamdullillah sabtu minggu ni ada program yg ditunda so boleh la duk rehat2 kat rumah, leh buat keje2 rumah, surf internet..lega..hehehe
Antara aktivitinya..program Ujian Penapisan murid Pra-sekolah yang dijalankan dua minggu lepas (dah 2 minggu?? cerita basi dah ni..hehehe). program ni untuk tapis murid sama ada menguasai 3m ke tak..kalo tak lepas tahun depan diorang ditempatkan ke kelas KIA2M..


Program sabtu minggu lepas pulak seperti yang yang tertera pada banner di atas...

Ni pulak program yang sepatutnya dijalankan pada minggu ni. sepatutnya minggu ni ada sukan, tapi memandangkan ada masalah yang tak dapat dielakkan, terpaksa tunda ke hari Khamis nanti...harap2 tak hujan la minggu depan, kalo hujan jugak kena tunda ke tahun depan kot??huhuhu..
Itu sahaja update sehingga minggu ni.. minggu depan kalo ada masa, cerita pasal program hari sukan, HAKA, and Family Day pulak yang akan menyusul..

Program Main Masak-Masak

Sajer jer tulis tajuk entry macam tu..tapi sebenarnya program tu nama betulnya Pertandingan Memasak tanpa api..ni salah satu program murid2 tahun 6 selepas UPSR..seronok bila tengok budak2 bersungguh nak menang dalam pertandingan ni..
Menu yang budak2 kena buat Sandwich Sardine atau telur, salad buah dan minuman jus...macam2 gaya and macam rasa ada..ape2 pun tahniah pada pihak penganjur yang menjalankan program seperti ini...
Group Vimala

Group Hidayu

Group Safina


Group Amir Mustaqim


Group saper ni ek?? tak nampak muka..hahaha
Kumpulan-kumpulan yang join this program..Tahniah pd semua sbb semuanya bersungguh-sungguh nak menang..

Khamis, 20 Ogos 2009

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Pagi tadi kat sekolah ada pelancaran bulan kemerdekaan yang ke-52..Buat minggu ni jugak sebab minggu depan sekolah dah cuti. lagipun lepas ni dah puasa dah..Macam biasala kalo pelancaran bulan kemerdekaan ni budak mesti nyanyi dengan semangatnya..3 lagu ni wajib nyanyi ....
Keranamu Malaysia
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan
Keranamu negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia

Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!
Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang...
di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!

Rabu, 5 Ogos 2009

Perlukah aku juga memakai mask?

Murid-murid kat sekolah pun dah ramai yang pakai mask..elok la tu sebagai langkah berjaga-jaga. Kanak-kanak kan golongan mudah terdedah kepada risiko H1N1.Adakah cikgunya juga kena guna mask? Kalau pakai, dengar ke suara bila nak mengajar?huhuhu...
Kat sekolah aku yang besar ni..( bayangkan lebih dari 2000 orang murid) jadi kita tak tahu apa status kesihatan mereka. Jadi kenala wsapada..Kadang2 sekolah ni macam nursery, mak bapak pergi kerja anak demam ke tidak dihantarnya juga ke sekolah..
Bukan nak merungut tapi fikir2kan la keadaan sekarang ni..sama2 la kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku..

Jumaat, 22 Mei 2009

Yahuu..dh lulus PTK

Fuh..lega. Lulus jugak akhirnya PTK kali ni..Tahun ni tahun ke-3 peksa, nasib baik dapat 4. Tahun lepas dah lulus 1 paper,tahun ni abiskan 1 lg paper..nasib baik dh lepas.
Selama ni duk marah murid kalo x pas peksa, tp cikgunya kalo peksa PTK pun x lepas2 jugak..heheh. Akhirnya aku leh menarik nafas lega..

Selasa, 19 Mei 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Sambutan hari guru ni semalam, hari ni baru ada masa nak update blog ni..huhuhu...Oleh kerana 16 Mei jatuh hari sabtu, jadi sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan pada hari Isnin, 18 Mei..semalam la.. x banyak gambo yang aku snap spjg majlis tu..antaranya ni la beberapa gambo yg aku snap guna handphone jer..

Acara yg diadakan pun biasa2 jer..macam sukaneka untuk cikgu2..ni ada gambo acara makan biskut tanpa guna tangan..cikgu2 lelaki jer yg join..Acara lain pukul bola hoki, baling gelung..



Ni antara hadiah2 yang aku dapat..xdela banyak sangat tp adala.. Sebenarnya kalo tanya cikgu2 lain pun, bukannya hadiah yg banyak diharapka, tetapi cukupla dibalas dengan kejayaan yg murid capai..Semoga anak2 muridku berjaya dunia dan akhirat..Amin

Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat Hari Guru

GURU OH GURU..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sajak ni slalu dideklamasikan sempena hari guru..Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada guru2ku yang telah mendidik diri ini menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara..dan kini aku meneruskan perjuangan kalian.."mendidik dan memimpin, putera puteri negara kita..."

Sabtu, 9 Mei 2009

Buat mural

Hari ini sepatutnya cuti sempena Hari Wesak tapi terpaksa gak pegi sekolah untuk siapkan kerja yang terbengkalai. Kerjanya kena buat mural sebab ada pertandingan lukis mural antara cikgu2. Mural ni bukannya aku sorang jer yang buat tapi kerja berkumpulan. So inila hasilnya mural kumpulan kami. Biasa2 jer tengok kumpulan lain punya mural cantik2 gak. Kalo tak menang pun nak buat macamana..

Ni mural masih dalam proses belum siap lagi..

Nilah hasilnya selepas siap..
Blog Widget by LinkWithin