Selasa, 30 Jun 2009

Genting Highland for the 3rd...

Jalan ke Genting lagi..untuk kali ke-3 sana..Kiranya tiap2 tahun la pegi ke sana.. Pegi sebelum ni masuk outdoor tapi kali tak main dah la..Macam biasa la stay kat First World Hotel..Kali ni best coz dapat bilik yang theme park view..Ni la pemandangan dari bilik kitorang di level 19..



Tujuan pegi genting kali ni sebenarnya nak pegi tengok DREAMZ show kat The Pavillion tu..Yang ada pertunjukkan singa putih, sarkas, magic dll.. best la jugak coz leh tengok depan2 mata. Selama ni duk tengok dalam tv jer. tapi biasala show2 macam tu bab2 amik gambar adalah dilarang sama sekali..So ni jer la gambo2 yang sempat di'snap' sepanjang kat sana. Tak banyak gambar coz camera tertinggal dlm keta kat bawah..( naik genting ngan cable car ) layan jer la gambo hpon jer..














Jalan-Jalan KL

Hari Sabtu kitorang chek-in Herritage Station Hotel.( dekat ngan KTM)..Dalam banyak2 hotel ntah nape hotel herritage tu jadi pilihan. Murah agaknya, dah la dapat bilik besar.untung jugak..Namakan herritage so paham2 je la macamana kondisi kat dalam tu macamana kan.semuanya antik..



Malam tu sempat pegi round Plaza Low Yat nak tengok offer Celcom Broadband..just survey jer tak beli pun..Then pegi makan Sate Kajang (bukannya kat Kajang tp kat sebelah Pertama Kompleks jer..)
Hari Ahad sebelum bertolak ke Genting sempat lagi pegi KLCC ke ekspo mega beli barang buatan Malaysia..





Khamis, 25 Jun 2009

Jalan2 cari makan

Semalam lepas tengok wayang citer transformer2, pegi round2 JB cari tempat nak makan. pusing punya pusing sampai kat area taman Suria nampak banyak kereta parking..(agaknya famous jugak kot tempat ni..sbb tu ramai orang ). so kitorang berhentila nak try jugak makan situ..inila tempatnya Gazebo Place..cheewah sempat pomot lagi. Macamla ada share..hehe




Kat sini yang specialnya chicken chop tapi kitorang tak makanla menu tu..just makan menu biasa-biasa jer..lama jugak menunggu makanan sampai. saip leh posing lagi. lapar punya pasal sampai makanan terus ngap..tak sempat nak snap dah..







Isnin, 22 Jun 2009

Transformers punya pasal...

Semalam hari Ahad so takde ape2 aktiviti nak dibuat..setelah bosan asyik tido jer petang tu kitorang decide nak keluar jalan2 JB..ala pegi round2 jer, bukannya singgah mana2 pun. Lepas tu terfikir la nak booking tiket untuk nak tengok citer Transformer 2 yang tayangannya Rabu nanti..Biasala hubby aku tu kalo movie yg best2 tu mesti dia nak tengok tayang hari pertama ditayangkan, kalo lambat2 dh basi katanya..layan je la..






So kitorang pegila TGV Jusco Tebrau ( taknak dh tengok kat GCS coz takut macam aritu, tengah2 syok layan crita blackout satu GSC..huhuhu )..Ingatkan kitorang jer yang excited beli tiket awal2 rupa2nya ramai jugak orang lain mcm tu..Kitorang beli yang petang..rasanya show yang malam dah abis dibooking..



Pegi Jusco Tebrau semata-mata nak booking tiket Transformer..tak pegi shopping pun coz dah lapar sangat masa tu. So lepas tu kitorang ape lagi cari tempat nak makan plak..hubby terasa nak try makan chicken chop kat food court di Tesco extra...Murah jer chicken chop kat situ tak sampai pun RM10 kalo tempat2 lain berbelas2 la harga dia. Tp kecil la skek size dia, kalo yang besar2 tu tak abis nak makan...


Jumaat, 19 Jun 2009

Dapat Award..

Award kali ni daripada MamaD diberikan kepada siapa yang paling banyak bagi komen kat blog dia..Aku ni takla banyak sangat hantar komen kat situ tapi kategori top 10 la jugak.hehehe...
Anyway thanks to MamaD coz sudi dan rajin memberi award ni..Lepas ni kena bagi komen banyak2 leh dapat award yang lg cun spesel drp MamaD..


Selasa, 16 Jun 2009

Puasa Ganti..

Pejam celik pejam celik tinggal 2 bulan jer lagi kita akan menyambut Ramadan lagi.. biasanya kaum perempuan ni perkara yang paling difikirkan sebelum menyambut Ramadan ni dah bayar semua ke belum puasa yang ditinggalkan Ramadan yang lepas??


Macam aku minggu ni adalah minggu mengqada puasa..Biasanya tahun2 lepas sempat jer puasa ganti dalam bulan Syawal tapi kali tak sempat pulak may be sbb terlalu banyak jemputan open house kot masa bulan syawal..ceh alasan..


Bila tak habis berganti lagi rasa macam malu jer nak fikir bab baju raya tapi puasa tahun lepas belum habis ganti lagi..lepas ni leh la pikir pasal baju raya..hehehe


kat sini aku nak selitkan la soal jawab agama yang berkenaan dengan puasa ganti ni..semoga jadi panduan pada kita semua..



1) Pada tahun lepas saya tidak sempat habis mengganti puasa, adakah saya perlu mengganti 2x (double) puasa itu pada tahun ini? Apa yang saya tahu, perlu membayar fidyah



Jika tuan tidak sempat ganti pada tahun lepas bermakna tuan wajib ganti puasa tersebut pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama yaitu tidak bertambah teteapi tuan wajib membayae fidyah disamping qadha tersebut sebanyak secupak beras untuk sehari yg ditinggalkan.
Yang bertambah ialah bilangan fidhyah beras bukannya bilangan haris qadha .



2) Berdosa tak kalau saya buka puasa ganti Ramadan kerana malas?



Tidak boleh berbuka puasa ganti Ramadan, nazar atau apa sahaja amalan wajib yang lain dengan sengaja setelah memulakannya. Sama seperti solat fardu; di mana tidak dibenarkan berhenti selepas memulakannya melainkan jika keadaan darurat. Tetapi, boleh membatalkan puasa sunat bila-bila masa mengikut kehendak orang yang berpuasa itu. Begitu juga dengan amalan sunat yang lain. Sesiapa yang pernah membatalkan puasa wajib hendaklah bertaubat kepada ALLAH dan jangan ulangi perbuatan itu. Walau bagaimanapun, dia tidak perlu membayar apa-apa kifarat. (Rujuk: Al-Mughni, jil:4, ms 412 dan al-Majmu', jil: 6, ms: 383)



3) Saya ada kemusykilan mengenai puasa ganti. Ada pendapat mengatakan apabila menggantikan puasa di bulan Syawal, secara automatik kita dapat pahala puasa sunat Syawal.

Ada juga pendapat menyatakan jika hendak puasa sunat Syawal, kita hendaklah habiskan dulu ganti puasa yang wajib.



Sunat dan wajib adalah dua perkara berbeza. Sunat ialah amalan yang sangat digalakkan kita melakukannya.Mereka yang membuat amalan sunat mendapat pahala dan tiada dosa jika tidak melaksanakannya.Berbeza pula dengan wajib yang mana seseorang itu berdosa jika meninggalkannya.Puasa ganti atau qada adalah wajib. Puasa enam Syawal pula sunat.Sebaik-baiknya puasa ganti dilakukan segera kerana ia bererti menyegerakan bayar hutang kepada Allah.Ini sikap seorang hamba yang taat pada Tuhannya. Jika dibiarkan lama, bimbang terlewat sehingga Ramadan akan datang.



Bagaimanapun ada yang berpendapat jika puasa qada dalam syawal, keberkatan Syawal dan pahalanya akan berterusan. Wallahuaklam.


4) Apakah puasa ganti yang dilakukan pada hari Jumaat perlu dikembarkan dgn hari Khamis atau Sabtu?

Haram berpuasa pada hari jumaat sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh dilakukan dengan menggandingkan sehari sebelum atau sehari selepas.

Isnin, 15 Jun 2009

Bercuti di negeri sendiri..

Sepanjang cuti kali ni tak pegi memana pun..Yang banyaknya duk melepak jer di rumah kat kampung. Berehat serehat-rehatnya..Kadang2 gi kenduri sana sini..Time weekend jer la sempat pegi jalan2..tu pun bercuti di negeri sendiri jer, kalo jauh skek pun ke Kelantan jer..




Pegi kenduri Mizah member SKTC kat Losong..alang-alang dah ada kat KT so pegi la kenduri dia..



Ni plak sempat la jugak pegi ke Pulau Perhentian..Hubby la dia beria-ia sangat nak ke sana. So dia habis jer kuliah khamis, hari jummat terus pegi. Stay sana 2D1N jer..biasanya orang pegi 3D1N tp waktu cuti dah nak abis so pegi kejap jer la.. Kitorang stay kat Arwana Perhentian Resort.



Aktiviti yang wajib kalo pegi pulau ni mestila snorkeling..memang best. kalo dah menyelam tu cam tak nak timbul dah coz terlalu asyik tengok ikan2 ngan coral2 kat dalam air tu.. yang bestnya kalo nasib kita baik leh serempak dengan penyu jugak. memang pulau perhentian ni tempat penyu2 cari makan...

Ahad, 14 Jun 2009

I'm back...

Fuh..lamanya tak blogging..kesian kat blog ni dah lama terabai tak diupdate..nak update pun kena tunggu time tuan empunya blog ni rajin..ni tengah rajin ke? entahla..tp tak sanggup tengok blog ni terbiar..baik aku buat ape2 yang patut..ermmm
that's all for now...nanti kalo rajin update lagi.

Rabu, 3 Jun 2009

Balik Kampung...

Service currently not available..







Selasa, 2 Jun 2009

Stadium Terengganu runtuh...

Hari ni aku dikejutkan dengan khabar stadium kat terengganu runtuh..Ingatkan khabar angin jer, bila surf internet memang sahih. Aku surf kat laman cari.com - Terengganu, current issue memang cepat diorang update..So nak tepet gak gambar kat sini. kredit to cari.com

Sebenarnya walaupun aku ni orang Terengganu tapi tak pernah pegi lagi ke stadium tu coz baru sangat2 lagi. Tak sangka pulak jadi macam ni..

Isnin, 1 Jun 2009

Cuti Sekolah...


Dulu kalo cuti sekolah jer mesti ada jer plan kitorang pegi mana2..Tapi sejak hubby dah pegi sambung belajar ni takleh dah nak pegi mana..Dia asal cuti sekolah jer kena pegi sambung belajar. so bila masa lagi nak pegi jalan2. Dulu panjang jer langkah kitorang pegi mana2..ni antara gambo2 pegi jalan2 cuti2 malaysia kitorang. Ada lagi tak sempat nak upload..


Ni gambar gi jalan2 Melaka bersama dangan family MamaD



Kat Genting...


Kat Cameron...
Blog Widget by LinkWithin