Memaparkan catatan dengan label Cuti2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti2. Papar semua catatan

Isnin, 12 Mac 2012

Pengisian Aktivti Masa Cuti


Kenapa aku buat tajuk entry seperti ini? Ini adalah kerana aku menghadapi dilema apa yang nak dibuat sewaktu cuti sekolah?..nama cuti sekolah, so segala aktiviti yang tak ada kaitan dengan sekolah okey... Biasala asal cuti sekolah je aku tak berpeluang seperti orang lain pergi melancong ke sana sini. Bukan masalah kewangan, tapi masalah big boss yang tak boleh ikut cuti bersama..

Ok antara aktiviti yang boleh dilakukan masa cuti:

1. Seperti yang sedang aku lakukan sekarang ni--> mengupdate blog.. huhu bukan senang nak cari masa yang sesuai nak update blog kan?? So masa cuti ginila boleh update entry, hias2 blog ke, blog walking ke.. apa2 sahaja yang berkenaan dunia blog.

2. Membaca novel yang tertangguh. Macam aku ni bukan main semangat bila membeli novel, tapi nak mulakan membaca tu ada masalah sikit. Aku tak suka baca yang bersambung2. kalau boleh nak habiskan terus. Pasti ambil masa kan?? So waktu cuti macam ni dalam masa sehari dah boleh habiskan satu novel,then sambung novel lain pulak.. macam yang aku tengah baca sekarang ni..

3. Shopping/ Window shopping. Kalo berada di kampung ni, aku pasti berkunjung ke Desa Murni ( pusat tudung & kain pasang ) ke, Pasar Payang ke.. Mencuci2 mata or kalo ada yang berkenan sambarla terus. tapi yang lecehnya nak pergi shopping takde temanla pulak. tak seronok pulak jalan sorang2...

Jumaat, 4 November 2011

Pulau Payar, Langkawi

Ni cerita dah seminggu basi.. cuti2 masa deepavali minggu lepas.
lambat sikit update sebab banyak sangat keje2 sekolah yang nak diselesaikan.
Biasala langkawi tempat orang pergi shopping,
Ada Idaman Suri katakan.. tp kami destinasinya ke tempat lain..
Apa lagi snorkeling sepanjang hari kat pulau payar
Sampai kulit pun dah bertukar warna.

Seperti yang dijanjikan, inilah antara gambar2 yang sempat diambil masa kat situ..
tempatnya memang cantik air pun bersih dan yang specialnya tempat ni sebab kat situ banyak ikan yu.. kat tempat lain ikan2 coral yg biasa2 kita lihat..
Malas nak cerita panjang, tengok gambar jela..









Khamis, 27 Oktober 2011

Langkawi kali ke-????

Esok, jumaat awal2 pagi akan bertolak
Plan asalnya nak pergi hari ni,
tapi kereta masih kat workshop belum siap
(keta tak rosak ape2, pergi cat lain bg nampak baru sikit..)
mekanik tu kata petang ni baru siap
kalo tak hari ni ah boleh bertolak ke sana

Sebenarnya dah banyak kali ke sana..
ni mungkin kali ke 4 atau 5 dah lupa..
last pergi masa honeymoon 4 tahun lepas
okla..lama la jugak dah tak pergi.


destinasi kali ni ke pulau payar
tempat2 lain kat langkawi tu dah biasa pergi
gambar kat atas kredit to google
gambar sendiri nanti lepas balik baru upload..

Ahad, 25 September 2011

Jalan2 Hatyai, Thailand


Trip to hatyai follow travel group dari kulim, peginya hari je..pegi sabtu ahad dah balik..sebenarnya hatyai ni xlah jauh mana dari bukit kayu hitam cuma yg lecehnya bila cop pasport tu yang makan masa..kali ni pegi dengan bas, next time boleh la bawak keta sendiri masuk sana..

Kat sini ada tempat ice-dome yang mana kat dalam tu semua ukiran bongkah ice untuk buat macam2 bentuk. suhu kat dalam tu -15.
yela xnak bagi bongkah ais tu cair..punyala sejuk..tak tahan duk lama kat dalam tu..

Lepas ice-dome pergi ke pantai Shamila, Songkhla pulak..
pantainya biasa2 jer.
Cuma ada cerita pasal duyong sebab tula siap ada patung duyong lagi kat situ..

Sebelum balik hotel petang tu pergi tengok floating market..
masa tu punyala ramai orang mostly pelancong dari Malaysia jugak..
berpuluh2 buah bas yang parking kat situ..
Pasar terapung ni memang unik,
kebanyakkannya menjual makanan dan minuman daripada perahu mereka.

Bukan shopping kat situ je, banyak lagi tempat shopping kat bandar hatyai ni..
sampai tak cukup masa nak meronda semua..Alih dah nak kena balik dah..
x pe,dah tau tempatnya kat situ lain kali leh pergi lagi..
pergi sendiri tak perlu pergi dengan travel agents dah..

Sabtu, 24 September 2011

Kota Kinabalu Welcomes You..

Haha..tak tau nak pilih tajuk apa entri kali ni so tiru macam kat dalam gambar kat bawah ni..
Pergi KK masa cuti hari Malaysia yang mana kami dah booked lama dah tiket ni sejak tahun lepas lagi..ada tiket murah so apa lagi..duk hotel pun murah, RM80 untuk 4h3m di Tune Hotel..sape nak bagi kan kalo harga murah macam tu...

First day biasala tempat yang wajib pergi ke Taman Tunku Abdul Rahman island hopping 3 pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi.. Memang cantik pulau ni..ia memang berbeza ngan pulau kat semenanjung..

Antara ketiga2 pulau, yang paling cantik bagi aku Pulau Manukan.. Tapi kalau bab snorkelling rasanya pulau mamutik lagi banyak ikan2nya..ni antara gambar dalam air semasa snorkelling. sikit2 jer gambarnya kalau dalam fb banyakla yang diupload..

Aktiviti wajib dilakukan kalau ke pulau2..
v
v
v
snorkelling

Ni pulak aktivti second day kat sana..destinasinya ke Kinabalu Park.. Perjalanannya jauh la sikit daripada KK lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai ke sana..pemandangan memang menarik..hijua je sepanjang perjalanan..Masa pergi pagi tu kabus punyala tebal, memang tak nampak langsung puncak gunung. bila dah on the way balik barula nampak sikit..ni pun gambar dah masa nak turun balik..nampak puncak dari jauhla...

salah satu pemandangan yang cantik masa dalam perjalanan..air terjun yang kelihatan dari kejauhan..Indah sungguh ciptaan-Nya..


Sabtu, 23 Julai 2011

Jalan2 ke Pangkor

Fuh lamanya tak update blog.. biasala musim bz melanda tambah pula dengan penyakit M itu yang blog sebulan sekali belum tentu diupdate.. ni citer vacation weekend di bulan July.. destinasinya dekat2 je belah utara sini.. kat sana stay kat area Teluk Nipah..
Pulau Pangkor ni okla jugak.. best, kami sewa motosikal dah leh round2 satu pulau..selama ni naik kereta je pergi ke mana2 bila round2 naik motor seronok pulak rasanya.. Layan je la gambar, biar gambar menceritakan semuanya..

Kota Belanda
Snorkeling
Ikan 'pirana' yang gelojoh bila diberikan roti...

Rabu, 11 Mei 2011

Jalan2 Bukit Cahaya seri Alam


teringin nak pergi ke tempat ni..
sebab tak pernah sampai lagi
bila dah sampai, okla jugak.. kata dalam hati


Aktiviti berbasikal jadi pilihan..
tapi bagi kami bas yg jadi pilihan..
sewa basikal rm5 1 jam..
naik bas pun leh juga nikmati keindahan alam..


Kawasan luas x habis nak teroka
lagila malas kalo matahri betul2 atas kepala
lain kali kalo ada masa
boleh datang lagi beraktiviti lain pula..

Selasa, 10 Mei 2011

Jalan2 KL 1 Mei..

Cuti 1 mei jatuh pada hari so boleh forward cuti ke hari Isnin. PAgi2 ahad dah siap keluar jalan2 KLCC naik monorel je dari hotel.. memang dah target nak tengok citer kat bawah ni..


v


v


v
Masa beli tiket tu ingatkan harga standard la kan coz weekend..rupanya dapat harga early bird. Dapat jimat lagi abg citibank cc holder..so buy 1 ticket, get 1 free ticket..Bayangkanla RM9 utk 2 orang tengok kat KLCC memang berbaloi2..ceritanya pun best..so very enjoy..






Sementara tunggu showtime, sempatla gi round2 kat lain dulu kat KLCC tu..memula tu tengok tiket untuk naik ke jejantas udara tapi dah sold out.. so utk tu kitorang save for the next time..


Then pi survey tengok apa yang ada kat petrosains..biasa2je..ramaila parent yg bawa anak2 jalan2 kat situ..





Isnin, 4 April 2011

Jalan2 KL-April

Kali ni pergi ke KL bersama mil, family sil..pergi sebab ada tujuan nak pergi hantar bibik balik kampung naik flight kat LCCT..So dah pegi ke sana apa lagi ronda2 la jugak kat Nilai 3 tu..

Lepas tu ke KL pergi check-in kat Golden City Condo..(nasib baik jadi member club Leisure Holidays ni)..so dapatla apartmen 3 bilik ni.. so dapatla save bajet kalo bercuti beramai camni..

Ruang tamu dan ruang makan..
Master bedroom..
Bilik ke-3..(bilik ke-2 lebih kurang mcm master bedroom jugak tp kecil sikit..)

jalan2 cari makan kat Shah Alam sebelum masuk I-city


Malas nak upload banyak2 gambo..lambat benor..


Aktiviti di hotel..diorang ni pantang check-in hotel mesti pi cari swimming pool..Aku hanya jadi pemerhati je kali ni..

Rabu, 16 Mac 2011

Catatan cuti sekolah..

Di kala cuti2 macam ni mula la aku dalam kebosanan..tapi nasib baik la suasananya tak membosankan memandangkan aku kini berada di kampung halaman dengan orang tua ku.. En suami pula seperti biasalah,mengikuti rutin waktu cutinya iaitu menghadiri kuliah di IPG sepanjang cuti sekolah.

Dah 2 tahun berlalu, kini tinggal 2 tahun lagi bagi abang menamatkan pengajiannya..Memang setiap kali cuti persekolahan kami akan berjauhan..uhuhuk cedihnya... So nasihat untuk diriku sendiri banyak2kan bersabar..Memang perjuangannya memerlukan pengorbanan daripada kedua-dua pihak.

Kalau dulu kami pantang waktu cuti dah siap planning nak bercuti ke mana-mana. Tapi sekarang terpaksala curi2 masa untuk pergi bercuti..kesian kan??


Sabtu, 13 November 2010

Belayar dengan Star Cruise

Cuti Deepavali ari tu lama la jugak dapat cuti..kitorang awal2 dah booking untuk vacation atas cruise..cheewah macam orang kaya pulak...yelah orang kata star cruise percutian mewah..tapi sebenarnya ada jugak rate yang murah,sederhana dan yang mahal..tapi yang murah2 pun cecah jugak ke 1K..huhuhu...takpela sekali sekala nak rasa jugak pengalaman macam mana..

Kitorang sebenarnya teringin nak ke phuket or ke redang tapi tarikh yang kitorang free tak kena pulak..so ambil je trip Singapore-KL-Singapore selama 3 hari 2 malam kat atas kapal tu..gambar ni diambil masa baru sampai kat jeti Singapore Cruise Centre kat Harbour Front. nak magrib dah masa tu..sebenarnya masa berangkat pukul 11.59 mlm tapi magrib kitorang dah sampai situ..dah survey orang yg pernah naik cruise ni kata nak check in punyala lama..memang lama pun kitorang beratur hampir 2 jam untuk selesai urusan check in..

Bila dah selesai checkin rasa lega sangat2 dah leh masuk ke kapal..Atas cruise ni bab makan la paling best..makan 6 kali sehari sampai tak termampu nak makan..kalau lama2 duk atas tu mau naik berkilo2 berat..tempat makan yg open air mengadap laut ni namanya mediterranean terrace..tempat makan kat sini pork free, vegetarian corner pun ada. kitorang siap dapat voucher utk makan free di halal corner the Taj..kalo orang lain kena caj.
Perjalanan kul 12 malam dari singapore kul 2 petang baru sampai ke port Klang. sampai sana bolehlah turun untuk pergi round area KL..tap, i dengan syarat sebelum kul 9 malam dah kena berada atas cruise ni balik..part ni la yg x brape best sbb kitorang dah biasa dgn KL, kalau pelancong lain okla..diorang mungkin tak pernah sampai KL.
Ni antara koleksi gambar2 di atas dan di dalam Star Virgo ni..banyak lagi sebenarnya gambar, sebahagiannya aku dah upload dlm fesbuk..


Hehehe..mula2 rasa macam tak berani gak nak main water slide ni..sbb kena panjat tinggi jugak utk sampai ke puncak. tapi alang2 dah bawa swimming suit baik aku mandi manda sambil main water slide ni..seram la jugak sbb ada part betul2 atas laut tu tempat gelongsor tu transparent rasa macam nak terjatuh ke dalam laut..hihi.

Alamak rasa macam malas dah pulak nak bercerita..stop kat sini jelah..anyway best jugakla naik star cruise ni..kalau ada peluang nak pegi lagi..next destination==>phuket(maybe)...
Blog Widget by LinkWithin