Memaparkan catatan dengan label Weekend. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Weekend. Papar semua catatan

Ahad, 6 Mac 2011

Jalan2 di hujung minggu.

Tempat tarikan terbaru kat Penang..Saper2 pencinta alam tu bolehla beraktiviti kat sini..kitorang just pergi survey je dulu..tak sempat nak masuk pun sebab masa pergi tu dah petang..kalo nak masuk ke dalam tu paling lewat jam 4 petang...

So kitorang just ambil2 angin kat luar2 jela, ada jeti untuk nelayan kat sini..cantik gak la pemandangan kat sini..boleh la jugak hilangkan stress..



Isnin, 25 Oktober 2010

Hari ini dalam Sejarah...


Fuh..tajuk entry macam ada apa2..tapi ntah apa2.haha.. Sebenarnya bukannya ada apa2 pun cuma excited sikit pada mulanya tapi sedikit hampa akhirya..nantila kita cerita apa yang suka, apa yang hampa tu...hihi

Alkisahnya first time dalam hidup aku pergi tengok perlawanan bola sepak secara live kat stadium.. Memang sebelum ni ada terniat nak pergi tengok tapi ntah kenapa tak sampai seru lagi kot.. team yang lawan adalah Johor FC lawan pasukan negeri sembilan untuk separu akhir kedua. Bila dapat call dr abang nak ajak pergi stadium dengan kawan2 dia, bukan main excited aku pagi tu...

Kusangkakan panas sampai ke malam,rupa2nya hujan di petang hari..huhu. dah cuak dah.. macamana nak pegi stadium kan kalau hujan. Sampai malam pun hujan tak berhenti jugak. Tapi semangat punya pasal kitorang redah jugak..

Sampai je kat stadium, game baru je start..kiranya okla jugak kalau pergi awal2 pun kena berhujan dulu. dahla payung takleh dibawa masuk ke dalam..so berhujanla kitorang..huhu. dahla ditimpa hujan, team johor fc pulak kalah ngan n.9..lagila hampa.anyway, okla..dapatla jugak experience macam mana tengok bola live kat stadium...

Isnin, 16 November 2009

Ahad, 16 Ogos 2009

Cerita Minggu Lepas

Lamanya tak apdet blog ni..Sekarang ni memang tengah buzy maklumla UPSR just around the corner..so cikgu2 tahun 6 ni memang tak leh duk senang lenang ler.. Minggu lepas balik kampung hb coz ada kenduri ngan majlis konvo. Ambil cuti coz balik jauh. Sempat lagi pegi jejalan kat Penang walaupun balik skejap jer..Pegi ke Pc fair kat PISA. Lepas tu sempat la pegi ke Queensbay..tengok G.I Joe huhuhu..


On the way balik JB pegi majlis konvo adik bradik hb dia konvo kat UPM, Serdang coz kitorang bawa MIL. tak masuk pun dewan konvo just tunggu kat luar jer..


Ahad, 26 Julai 2009

Aktiviti di hujung minggu

Nampaknya sekarang ni di hujung minggu je la aku sempat nak update blog ni..hari-hari biasa bukannya takde masa cuma mcm malas skit nak amik cakna blog ni..So bulan ni memang kurang la post yang dibuat...Ni adala skit2 cerita yang nak dibuat entri..

Hari Sabtu memang memang kebanyakkannya ada aktiviti la kat skolah..Minggu ni takde kelas tambahan tahun 6 tapi ada aktiviti gotong royong ngan ibu bapa..nama jer dengan ibubapa tapi berapa kerat jer ibubapa yang datang..nampaknya cikgu2 jugak la yang buat semua..Takpe bukan senang nak tengok cikgu2 ni jadi petani moden..Lepas gotong-royong kat sekolah, balik rehat jap pas tu pergi ke Jb nak pegi tengok pameran MITM kat Persada Johor nak cari pakej untuk pergi bercuti... hehehe jalan2 lagi..
Dalam duk cari2 pakej tu hubby adala terjumpa 'something'..dah duk lama dengar promoter tu promot produknya itu mesti bkenan la tu nak join..takpela untuk jangka masa panjang..hubby aku memang berminat la kalo bab2 yang macam tu..Ape produknya kena tunggu dan lihat coz ni untuk pelaburan jangka masa panjang..


Lama la jgak duk survey kat Persada tu dari kul 5.30 petang hingga 9 lebih baru keluar..perut dah lapar, cari tempat makan pulak..Tempat yang dituju ialah restoren sup tulang nama ape ntah restoren tu..dekat2 area Anjung Warisan gak..kalo anjung warisan tempat makannya atas pokok, yang ni tempat makannya di bawah2 pokok..



Blog Widget by LinkWithin