Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2009

Perlukah aku juga memakai mask?

Murid-murid kat sekolah pun dah ramai yang pakai mask..elok la tu sebagai langkah berjaga-jaga. Kanak-kanak kan golongan mudah terdedah kepada risiko H1N1.Adakah cikgunya juga kena guna mask? Kalau pakai, dengar ke suara bila nak mengajar?huhuhu...
Kat sekolah aku yang besar ni..( bayangkan lebih dari 2000 orang murid) jadi kita tak tahu apa status kesihatan mereka. Jadi kenala wsapada..Kadang2 sekolah ni macam nursery, mak bapak pergi kerja anak demam ke tidak dihantarnya juga ke sekolah..
Bukan nak merungut tapi fikir2kan la keadaan sekarang ni..sama2 la kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku..

Khamis, 14 Mei 2009

Khasiat Lobak Merah

Aku kalo masak sayur-sayuran yang wajib ada carrot..ramai yang tau carrot ni elok so kat sini aku nak bagitau la lagi khasiat dia.. info dia aku dapat kat sini


Nama : Lobak merah
Huraian : Tumbuhan jenis ini sangat popular di negara kita. Jenis tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan digunakan sebagai bahan makanan dan perubatan.


Khasiat dan penggunaan

Tumbuhan ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B,dan C, garam, potasium dan karotin. Karotin menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser, manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama ‘teh’ untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.

Tumbuhan ini juga berupaya mengurangkan :

  1. kandungan gula dalam badan

  2. mencegah kanser

  3. mengubat kencing manis

  4. gout

  5. penyakit jantung

  6. penghadaman dan penglihatan.

Menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya :


  1. memecah angin

  2. menyembuh luka

  3. meningkatkan kekerapan kencing

  4. memecahkan batu karang

  5. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh menyembuh luka dan kanser


Rabu, 29 April 2009

Awasi Pemakanan Kita

Ni aku ada dapat email so nak berkongsila dengan semua. Sebenarnya ape yang kita suka makan tu boleh mengundang bahaya kepada badan kita ni..

BAHAYA MAKAN KEPAK AYAM..


Elakkan daripada selalu makan bahagian kepak ayam ni, terutamanya kaum perempuan; ni kisah benar ..! Ada kes wanita yang mengalami ketumbuhan atau sist dalam rahim dan dia pergi mendapatkan rawatan dengan cara melakukan pembedahan untuk membuang sist tersebut. Dalam sist tu mengandungi darah yang berwarna coklat. Dia fikir dia telah sembuh selepas pembedahan itu tetapi dia silap.

Benda tu kembali ada semula selepas beberapa bulan. Kerana tertekan dia mendapatkan konsultan dengan pakar ginekologi. Semasa mendapatkan rawatan, doktor pakar tersebut bertanyakan soalan adakah dia ni selalu makan kepak ayam? Dan dia mengakui memang selalu makan kepak ayam dan doktor dapat sahkan penyakit tersebut disebabkan oleh tabiat pemakanan wanita ini.

Jadi kita boleh lihat zaman serba moden sekarang, anak2 ayam ni disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan tumbesaran. Ayam2 ni biasanya disuntik steroid pada bahagian kepak. Jadi bahagian kepak ni mempunyai ketumpatanatau kandungan steroid yg lebih tinggi berbanding dengan bahagian lain. Steroid ni juga memberikan kesan kadar pertumbuhan dan pembesaran yang cepat. Ia semakin berbahaya jika terdapat tindakbalas dengan hormon wanita yang boleh menyebabkan wanita cenderung mengalami pertumbuhan sist dalam bahagian peranakan.

Oleh itu, adalah dinasihatkan kepada wanita2 di luar sana supaya berhati2 dalam amalan pemakanan kita dan kalo boleh elakkan daripada makan chicken wings ni...

Blog Widget by LinkWithin