Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mei 2011

Bukit Larut


Sebenarnya ni entry lama yang tertunggak untuk dilunaskan dalam blog ni..biasala kesuntukkan masa ditambah pulak dengan kemalasan so hasilnya hari ni baru nak hapdet..memang dah lama teringin nak tau apa yang ada kat atas bukit larut tu..
Ramai yang jadikan jalan berbukit dan bengkang bengkok ni sebagai trek untuk jogging.. tapi kitorang pergi sana takla jogging tapi naik land rover yang disediakan dengan harga tiket Rm6 seorang. mencabarla jugak nak mendaki bukit tu.. huhu padahal aku duduk je dlm jeep tu..
Bila sampai kat atas sana tak ada apa2 menarik sangat. cuma sejukla sikit2 sebab hari hujan..nak tengok pemandangan pun tak dapat sebab berkabus.. almaklumla bukit larut tempat yang paling lembap di Malaysia..kat sana sunyi sangat2, kalo duk bermalam kat situ memang mati kutu tak tau nak buat apa...
Ok, hasrat untuk sampai ke atas bukit larut dah kesampaian. Rasanya tak mau naik lagi dah.. ok next destination, ke mana pulak? mungkinkah pulau pangkor?? kita wait n see je la..chow..

Khamis, 10 Februari 2011

Makan oh makan...

Huhu..entry kali ni pasal makan..bukannya aku nak share resepi kat sini tapi nak share experience masa duk kat johor dulu. Tempat makan favourite kitorang kat sana nilah dia..kalau malas masak pegi makan kat kedai kg kopok baru, pekena mee gulung..emmh memang best.. alamak terasa lapar pulak perutku ini..huhu.dapat citer je la, x dapek nak makan..

Ni pulak ABC kg Melayu Majidee..sebenarnya aku tak suka sangat makan kat situ coz tempatnya tak brapa 'menyelerakan' tapi abc ni punya pasal, pejam mata je la..huhu. memang best abc tu, coklatnya fuh..memang pure..yummy!
dan satu lagi satay paling famous kat jb..satay warisan wak radol.kitorang asal pegi jb je memang tak miss untuk menyinggah kat hiway pasir gudang tu untuk menikmati satay yang lebih sedap daripada satay kajang ni..(bagi akula..bagi orang lain tak taula..)


Tapi semua ni hanya terdapat kat johor?macamana ni kalau teringin ni?? mau terbang ke jb kah?haha..takdela teringin sangat, just teringat2 je..hehe.choww.

p/s:all picts above credits to mr gugel..heheh

Sabtu, 12 September 2009

Jalan2 Cari ???

Aduh kesian ku tengok blogku ini yang terbiar sepi..hehehe. Bulan ni baru 1 entry yang sempat aku buat? Sibuk benor tuan umah bershopping raya..opps silap, buka shopping raya tp sibuk dengan tugas2 yg blom selesai..tengok umah orang lain semuanya rancak bercerita tentang persiapan nak menyambut lebaran..so aku kali baru la berkesempatan nak update cerita persiapan raya..

Khamis lepas ada J-Card fiesta di Jusco Permas, nak shopping ptg2 kot penat so decide nak shopping lepas berbuka..Berbuka kat Senibong..x makan seafood tp berbuka dengan nasi lemak berlauk kat situ. lepas berbuka baru la ke Jusco Permas untuk aktiviti seterusnya..aku x nak display ape yang kitorang shopping, tp layan jer la gambo2 kat bawah ni..
tempat makan menghadap pelabuhan Singapore

menunggu terbenamnya matahari..

selesai shopping

ni anak saper plakyg hilang ni??? hehe..xde kena mengena dengan entry..saje nak interprem Izzah anak kak Rosdina kat sini..

Ahad, 26 Julai 2009

Aktiviti di hujung minggu

Nampaknya sekarang ni di hujung minggu je la aku sempat nak update blog ni..hari-hari biasa bukannya takde masa cuma mcm malas skit nak amik cakna blog ni..So bulan ni memang kurang la post yang dibuat...Ni adala skit2 cerita yang nak dibuat entri..

Hari Sabtu memang memang kebanyakkannya ada aktiviti la kat skolah..Minggu ni takde kelas tambahan tahun 6 tapi ada aktiviti gotong royong ngan ibu bapa..nama jer dengan ibubapa tapi berapa kerat jer ibubapa yang datang..nampaknya cikgu2 jugak la yang buat semua..Takpe bukan senang nak tengok cikgu2 ni jadi petani moden..Lepas gotong-royong kat sekolah, balik rehat jap pas tu pergi ke Jb nak pegi tengok pameran MITM kat Persada Johor nak cari pakej untuk pergi bercuti... hehehe jalan2 lagi..
Dalam duk cari2 pakej tu hubby adala terjumpa 'something'..dah duk lama dengar promoter tu promot produknya itu mesti bkenan la tu nak join..takpela untuk jangka masa panjang..hubby aku memang berminat la kalo bab2 yang macam tu..Ape produknya kena tunggu dan lihat coz ni untuk pelaburan jangka masa panjang..


Lama la jgak duk survey kat Persada tu dari kul 5.30 petang hingga 9 lebih baru keluar..perut dah lapar, cari tempat makan pulak..Tempat yang dituju ialah restoren sup tulang nama ape ntah restoren tu..dekat2 area Anjung Warisan gak..kalo anjung warisan tempat makannya atas pokok, yang ni tempat makannya di bawah2 pokok..



Khamis, 25 Jun 2009

Jalan2 cari makan

Semalam lepas tengok wayang citer transformer2, pegi round2 JB cari tempat nak makan. pusing punya pusing sampai kat area taman Suria nampak banyak kereta parking..(agaknya famous jugak kot tempat ni..sbb tu ramai orang ). so kitorang berhentila nak try jugak makan situ..inila tempatnya Gazebo Place..cheewah sempat pomot lagi. Macamla ada share..hehe




Kat sini yang specialnya chicken chop tapi kitorang tak makanla menu tu..just makan menu biasa-biasa jer..lama jugak menunggu makanan sampai. saip leh posing lagi. lapar punya pasal sampai makanan terus ngap..tak sempat nak snap dah..







Blog Widget by LinkWithin