Rabu, 29 April 2009

Pemanasan Global / Global Warming


Perasan tak sekarang ni asyik rasa panas jer..walaupun hari hujan tapi tetap ada rasa panas tu..saper2 yang gunakan aircond tu sure bil elektrik melambung2...So nak share la ape sebabnya yang kita duk rasa panas sangat sekarang..

Apakah itu Pemanasan Global?

= Peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semulajadi.
Bagaimanakah pemanasan global terjadi?
  • Apabila gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, (daripada asap2 kilang dan kenderaan) kloro flourokarbon (CFC), metana dan nitrus oksida menyerap sinaran daripada matahari dan mengeluarakan semula sinaran tersebut, suhu purata atmosfera bumi akan meningkat.

  • Aktiviti-aktivi manusia seperti penjanaan tenaga elektrik, peningkatan pengangkutan dan penggunaan CFC untuk tujuan pengawalan udara (airconditioning) dan sebagai ‘propellant’ dalam bekas aerosol, telah menyebakan pengeluaran gas – gas tersebut meningkat.
  • Antara gas-gas rumah hijau yang paling banyak menyerap radiasi tenaga haba daripada bumi adalah CFC. CFC pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan meyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon bertindak melindungi kehidupan bumi daripada radiasi merbahaya seperti sinaran ultra lembayung (UV) B

Apakah akibat pemanasan global?


  • Pemanasan global juga akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artic dan Antartika. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam aras laut. Kawasan-kawasan dan bandar-bandar tepi laut seperti New York dan Rotterdam sudah mula mengalami kenaikan aras laut.

  • Ada juga jangkaan bahawa perubahan cuaca akan mempengaruhi kekerapan dan ‘intensity’ribut. Salah satu contoh adalah kekuatan dan kebinasaan yang disebabkan oleh rebut Katrina di Amerika Syarikat pada tahun 2005 dan banjir yang dialami di Malaysia di hujung tahun 2006 hingga awal tahun 2007.


pencairan ais dan glasier

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin