Khamis, 20 Ogos 2009

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Pagi tadi kat sekolah ada pelancaran bulan kemerdekaan yang ke-52..Buat minggu ni jugak sebab minggu depan sekolah dah cuti. lagipun lepas ni dah puasa dah..Macam biasala kalo pelancaran bulan kemerdekaan ni budak mesti nyanyi dengan semangatnya..3 lagu ni wajib nyanyi ....
Keranamu Malaysia
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan
Keranamu negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia

Tanggal 31

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!
Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang...
di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!

Rabu, 19 Ogos 2009

Panggilan Hangit@ Hot.fm

Aku buat n3 kali ni bukannya disebabkan aku dah terkena panggilan hangit...tp saje2 coz aku suka dengar waktu pagi2 time nak nak gi keje tu..Tengah drive, layan jer la si FBI ngan Fafau tu..

Memang tak miss la dengar coz pagi2 memang on radio hot.fm jer, malas tukar2 radio..Lagipun memang menghiburkan betul la..menceriakan kita awal pagi2 lagi dah tersenyum sorang2 bila dengar kisah orang yang terkena ni..Artis la, wifey kenakan hb la..macam2.. Jangan aku yang terkena sudah..huhuhu..

p/s : Dengar2 ada orang tu nak kenakan hb dia dengan panggilan hangit..dh terkena ke belom?? man..baik ko bjaga2..hehehe

Ahad, 16 Ogos 2009

Cerita Minggu Lepas

Lamanya tak apdet blog ni..Sekarang ni memang tengah buzy maklumla UPSR just around the corner..so cikgu2 tahun 6 ni memang tak leh duk senang lenang ler.. Minggu lepas balik kampung hb coz ada kenduri ngan majlis konvo. Ambil cuti coz balik jauh. Sempat lagi pegi jejalan kat Penang walaupun balik skejap jer..Pegi ke Pc fair kat PISA. Lepas tu sempat la pegi ke Queensbay..tengok G.I Joe huhuhu..


On the way balik JB pegi majlis konvo adik bradik hb dia konvo kat UPM, Serdang coz kitorang bawa MIL. tak masuk pun dewan konvo just tunggu kat luar jer..


Rabu, 5 Ogos 2009

Perlukah aku juga memakai mask?

Murid-murid kat sekolah pun dah ramai yang pakai mask..elok la tu sebagai langkah berjaga-jaga. Kanak-kanak kan golongan mudah terdedah kepada risiko H1N1.Adakah cikgunya juga kena guna mask? Kalau pakai, dengar ke suara bila nak mengajar?huhuhu...
Kat sekolah aku yang besar ni..( bayangkan lebih dari 2000 orang murid) jadi kita tak tahu apa status kesihatan mereka. Jadi kenala wsapada..Kadang2 sekolah ni macam nursery, mak bapak pergi kerja anak demam ke tidak dihantarnya juga ke sekolah..
Bukan nak merungut tapi fikir2kan la keadaan sekarang ni..sama2 la kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku..

Ahad, 2 Ogos 2009

Takde Keje Cari keje..

Takde ape2 cerita yang nak dibuat entry so duk membelek2 layout mana2 yang berkenan. percubaan pertama dah berjaya, sebelum ni guna layout yang ni..( lupa nak prtSc yg lama..hehehe) ntahla mata ni asyik berkenan warna coklat jer..Tp pakai sekejap jer, gatal tangan nak tukar lain plak..

Dan hasilnya inila yang terbaru..Tak tahu la bertahan lama mana..kalo bosan2 tukar lain pulak kot..

Isnin, 27 Julai 2009

Warna Coklat Jadi Pilihan

Taddaa..bertukar wajah la plak..dah boring dengan design umah lama try layout baru pulak.. Yang pasti warna coklat jugak yang jadi pilihan. Memang dh lama pasang niat nak tukar layout ni cuma takde masa nak menghadap semua ni.. Maklumla bukannya mudah nak buat backup smua tu kan..

Nampaknya ada jugak widget yang hilang..Lantak la. lagipun memang nak letak sikit2 widget jer kat sidebar nanti nak tukar layout lagi tak payah la nak back up banyak2..hehehe.Anyway menjadi jugak percubaan pertama ni. Nanti ada masa lagi aku tukar lain pulak... Tukar mood lain pulak..

Ahad, 26 Julai 2009

Aktiviti di hujung minggu

Nampaknya sekarang ni di hujung minggu je la aku sempat nak update blog ni..hari-hari biasa bukannya takde masa cuma mcm malas skit nak amik cakna blog ni..So bulan ni memang kurang la post yang dibuat...Ni adala skit2 cerita yang nak dibuat entri..

Hari Sabtu memang memang kebanyakkannya ada aktiviti la kat skolah..Minggu ni takde kelas tambahan tahun 6 tapi ada aktiviti gotong royong ngan ibu bapa..nama jer dengan ibubapa tapi berapa kerat jer ibubapa yang datang..nampaknya cikgu2 jugak la yang buat semua..Takpe bukan senang nak tengok cikgu2 ni jadi petani moden..Lepas gotong-royong kat sekolah, balik rehat jap pas tu pergi ke Jb nak pegi tengok pameran MITM kat Persada Johor nak cari pakej untuk pergi bercuti... hehehe jalan2 lagi..
Dalam duk cari2 pakej tu hubby adala terjumpa 'something'..dah duk lama dengar promoter tu promot produknya itu mesti bkenan la tu nak join..takpela untuk jangka masa panjang..hubby aku memang berminat la kalo bab2 yang macam tu..Ape produknya kena tunggu dan lihat coz ni untuk pelaburan jangka masa panjang..


Lama la jgak duk survey kat Persada tu dari kul 5.30 petang hingga 9 lebih baru keluar..perut dah lapar, cari tempat makan pulak..Tempat yang dituju ialah restoren sup tulang nama ape ntah restoren tu..dekat2 area Anjung Warisan gak..kalo anjung warisan tempat makannya atas pokok, yang ni tempat makannya di bawah2 pokok..



Ahad, 19 Julai 2009

Jalan2 @ MATTA Fair JB..

Kalo weekend lepas gi jalan2 Kota Tinggi ( x wat n3) weekend kali ni jalan2 Jb ke The Zon survey2 kat MATTA Fair kot ada promosi vacation yang best2..Biasala kitorang kalo ada Matta Fair jer mesti tak lepas peluang pegi jenguk ape yang ada kat situ..
Sebenarnya kitorang tengah survey pakej untuk pegi bercuti ke satu destinasi.. Tiket flight dh ada so sekarang nak tengok pakej vacation tu.. Tengah banding2 lagi harganya..coz minggu depan ada lagi MITM plak kat Persada Johor..mungkin ada pakej lg menarik so tunggu yang minggu depan la plak..





Ahad, 12 Julai 2009

Kembali ber'blogging'...

Alhamdulillah..sekarang ni dah berkurang la skek tekanan kerja so dah ada masa nak layan blog ni..sebenarnya aku ada masuk gak blog tapi biasala bukak kejap jer terus dia ttutup sendiri..dia tak kasi aku layan blog la tu..
Selama aku tak melayan blog tu aku selalu online kat facebook...buat ape2 yang patut. Fb tu dah lama join tapi tak mengaktifkan diri jer..so lepas ni kalo aku tak aktif kat blog ni maknanya aku layan fb jer la..
Lagipun aku rasa sekarang ni dah malas nak meng'update blog ni..bukannya takde cerita tp penyakit M dah datang melanda..ni la masalahnya kalo penyakit M melebihi dari penyakit R..
SEhingga berjumpa lagi di lain kali..adious

Jumaat, 3 Julai 2009

Stop blogging for a while..

Ni bukannya amaran untuk orang lain yer tp untuk diri sendiri jer..maklumla tuan umah tersangatla sibuk sekarang nak update pun tak sempat..Lagipun satu hal lagi, tiap2 kali nak bukak blog x leh plak..nape ek?? asyik kluar warning operation aborted jer..nak buka blog orang lain pun sama gak..tension jer...so terpaksala blog ni dianaktirikan buat masa sekarang.. bila lagi dapat menyambung kembali ke arena blogging ni tak dapat dipastikan lagi..wait and see jer la..



Blog Widget by LinkWithin