Isnin, 16 November 2009

Sukan di sekolah

Malas nak taip panjang lebar..sikit jer gambar masa hari sukan sekolah..





Ni plak perlawanan futsal murid tahun 6..syaratnya kena pakai kain batik @ kain pelikat barula mencabar sikit..

Jumaat, 13 November 2009

2012 now release..

Dah lama rasanya tak pergi tengok wayang.. so ape lagi, sebaik sajer cerita ni keluar kitorang terus la serbu ke panggung wayang yang berdekatan.. oleh kerana duration cerita ni lama la jugak, (165 mins) so kenala cari time yang tak langgar waktu solat. Mula2 pegi kat TGV, punyala ramai orang yang beratur panjang sampai terkeluar2 dr TGV..tukar plan pegi tengok kat GSC plak...nasib baik tak ramai, so boleh la tengok. anyway cerita ni memang best untuk ditonton..




Ahad, 8 November 2009

Hari Sabtu yang Penuh??

Fuh..kalo ikutkan takwim sekolah, memang setiap Sabtu akan penuh dengan aktiviti sehinggala cuti sekolah..tu pun blom abis lagi program, sabtu dah cuti pun still la jugak ada lagi..namun alhamdullillah sabtu minggu ni ada program yg ditunda so boleh la duk rehat2 kat rumah, leh buat keje2 rumah, surf internet..lega..hehehe
Antara aktivitinya..program Ujian Penapisan murid Pra-sekolah yang dijalankan dua minggu lepas (dah 2 minggu?? cerita basi dah ni..hehehe). program ni untuk tapis murid sama ada menguasai 3m ke tak..kalo tak lepas tahun depan diorang ditempatkan ke kelas KIA2M..


Program sabtu minggu lepas pulak seperti yang yang tertera pada banner di atas...

Ni pulak program yang sepatutnya dijalankan pada minggu ni. sepatutnya minggu ni ada sukan, tapi memandangkan ada masalah yang tak dapat dielakkan, terpaksa tunda ke hari Khamis nanti...harap2 tak hujan la minggu depan, kalo hujan jugak kena tunda ke tahun depan kot??huhuhu..
Itu sahaja update sehingga minggu ni.. minggu depan kalo ada masa, cerita pasal program hari sukan, HAKA, and Family Day pulak yang akan menyusul..

Program Main Masak-Masak

Sajer jer tulis tajuk entry macam tu..tapi sebenarnya program tu nama betulnya Pertandingan Memasak tanpa api..ni salah satu program murid2 tahun 6 selepas UPSR..seronok bila tengok budak2 bersungguh nak menang dalam pertandingan ni..
Menu yang budak2 kena buat Sandwich Sardine atau telur, salad buah dan minuman jus...macam2 gaya and macam rasa ada..ape2 pun tahniah pada pihak penganjur yang menjalankan program seperti ini...
Group Vimala

Group Hidayu

Group Safina


Group Amir Mustaqim


Group saper ni ek?? tak nampak muka..hahaha
Kumpulan-kumpulan yang join this program..Tahniah pd semua sbb semuanya bersungguh-sungguh nak menang..

Ahad, 25 Oktober 2009

Percutian di Batam, Indonesia

Ok, baru berkesempatan nak continue upload gambar2 ke Batam baru2 ni.. Okla jugak pergi ke Batam ni untuk bercuti2 tapi bukan untuk bershopping. kat sana kalo nak shopping barang2 mahal sikit sebab tempat tumpuan Singaporean lagipun orang2 kat sana terima dolar singapore dlm urusniaga. memang mahal le beb..Ok kat sini aku upload kebanyakkan gambar view2 kat sana. Yang lain2 aku dah upload kat Facebook..kat sini aku kurangkan sikit gambar yang ada muka2 kitorang berdua kot orang meluat tengok,so layan jer la gambar2 ni..




Kalo kat Terengganu ada monumen masjid2 terkenal seluruh dunia tapi kat sini ada banyak replika rumah-rumah tradisional yang terdapat di Indonesia ni..

Ni la hotel tempat kitorang menginap. Batam View Beach Resort.Siap ada padang golf..Hotel ni milik orang Singapore. Ni yang bilik hotel, gambar di bawah ni untuk saper2 yang nak stay di chalet terapung. juga milik resort yang sama. Ada pantai persendirian tak bercampur dengan publik. Suka sangat view kat sini..sungguh mendamaikan











On the way balik berselisih dengan cruiser ni..Kitorang memang dah berangan, lain kali nak pergi bercuti dengan star cruise pulak..hahaha moga2 jadi kenyataan

Jumaat, 23 Oktober 2009

Lambatnya nak upload gambar..

Bosan betul..asal malam jer line problem..asal line problem jer, malam...ape2 la. sebenarnya banyak gambar yang diupload maklumla baru balik dari bercuti jadi banyakla gambar time bercuti tu..line plak slow so malas la aku nak tunggu, lagipun mata macam dah ngantuk ni.
Olek kerana cuti deepavali hari tu panjang la jgak, so sempatla kitorang pergi ke Batam, Indonesia. Dekat jer sebenarnya sebab berdekatan dengan Singapore. naik feri pun sejam dah sampai...
Ok, nanti ada masa continue lagi upload gambar..chow dulu.


Bajet 2010..

Petang tadi ada perbentangan bajet 2010 so bersungguh2 la aku mendengarnya..(hehehe bersungguh2 ada makna la tu..) biasala orang gomen ni mesti nak tunggu pengumuman dapat bonus sebulan gaji ke..dua bulan gaji ke, tapi hasilnya tak sampai setengah bulan gaji pun..ape-ape pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang..kata orang bersyukur dengan apa yang ada.maklumla ekonomi pun tak berapa elok sekarang...
Namun dalam perbentangan tu ada beberapa perkara yang menarik perhataianku; antaranya
Keputusan 1:
Jabatan kerajaan wajib sedia pusat penjagaan harian anak-anak
KUALA LUMPUR: Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan peruntukan RM200,000 kepada setiap kementerian dan jabatan.
Sangat bagus..lepas ni kat bilik guru dan kat office sekolah dah tak macam nursery lagi..mesti ramai cikgu2 berasa lega at least takdela kita nak berharap pada bibik yang belum tentu jaga betul2 anak2 kita...
Keputusan 2:
Bajet 2010: Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam gred 41 hingga 54
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini.
Yang ni lagi bagus..biar sama rata.Kalo dapat banyak,semua sama2 dapat banyak..kalo sikit sama2 dapat sikit..asalnya aku antara golongan yang kurang bernasib baik kerana tak dapat apa2 imbuhan sebelum raya baru2 ni..tp at last dapat la jugak rm500 tu. Kalo dapat rm250 macam tak nampak jer..hehehe
Keputusan 3
Bajet 2010: Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia diperkenal
Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia akan diperkenalkan di bandar tahun depan di kawasan perumahan dan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari untuk rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selsema. Sebagai permulaan, sebanyak 50 buah klink akan dibuka dengan peruntukan RM10 juta
Keputusan 4:
Bajet 2010: Pelepasan cukai RM500 langganan jalur lebar
Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 sehingga 2012
Yang lain2 aku tak nak komen apa-apa maklumla aku ni bukan pakar ekonomi nak komplen itu ini..

Rabu, 21 Oktober 2009

Cuti Deepavali di Port Dickson

Salam semua..wah lamanya aku tak melayan blog ku ini.. semua ni gara2 line celcom broadband yang begitu hampeh kat rumah aku ni ha..kalo nak layan blog kat sekolah tak de masa free sangat. Dulu senang nak surf intenet sbb line streamyx ok jer..tp sekarang streamyx dah tutup, guna broadband jer.. yang aku hairan masa ada streamyx dulu broadband ni ok jer..semenjak dua menjak dia buat hal plak..
Ok malas cerita pasal broadband ni, lagipun aku dah jumpa tempat strategiknya..ni pasal cuti Deepavali baru2 ni kitorang ke PD 3H2M stay di Rumah Peranginan Persekutuan. Memang best sebab pegi kali ni beramai-ramai memang happening. Malas nak cerita panjang layan jer la gambar2 di bawah ni..





Sabtu, 12 September 2009

Jalan2 Cari ???

Aduh kesian ku tengok blogku ini yang terbiar sepi..hehehe. Bulan ni baru 1 entry yang sempat aku buat? Sibuk benor tuan umah bershopping raya..opps silap, buka shopping raya tp sibuk dengan tugas2 yg blom selesai..tengok umah orang lain semuanya rancak bercerita tentang persiapan nak menyambut lebaran..so aku kali baru la berkesempatan nak update cerita persiapan raya..

Khamis lepas ada J-Card fiesta di Jusco Permas, nak shopping ptg2 kot penat so decide nak shopping lepas berbuka..Berbuka kat Senibong..x makan seafood tp berbuka dengan nasi lemak berlauk kat situ. lepas berbuka baru la ke Jusco Permas untuk aktiviti seterusnya..aku x nak display ape yang kitorang shopping, tp layan jer la gambo2 kat bawah ni..
tempat makan menghadap pelabuhan Singapore

menunggu terbenamnya matahari..

selesai shopping

ni anak saper plakyg hilang ni??? hehe..xde kena mengena dengan entry..saje nak interprem Izzah anak kak Rosdina kat sini..

Ahad, 6 September 2009

Blog Widget by LinkWithin