Ahad, 9 Mei 2010

Happy Mother's Day..

Selamat Hari Ibu pada semua yang bergelar ibu... Pengorbananmu tidak ternilai ertinya. Semoga terus menjadi supermom!! ... Saper2 yang singgah, amikla award ni..

Ahad, 25 April 2010

Semangat berblogging kini kembali??

Salam rindu di angin lalu..fuh rindunya kat blogku yang telah lama dianaktirikan ni..maklumla tuannya hanya asyik berfesbuk jer..sampai dah tak sempat nak update blog...sebenarnya tu alasan kedua..yang sebenar2nya aku tersangatla sibuk sejak awal tahun 2010 ni..maklumla beban guru dah makin bertambah..memang orang tengok keje cikgu ni tak banyak..tapi yang menanggung je la yang tahu...

Mungkin lepas2 ni ada entry yang akan aku updatekan...tapi semua tu akan di'backdated'kan.. hehehe nak cover the old days katakan..so hujung minggu macam ni je la kalo ada masa untuk update blog..

Okla..dah 12.30am ni..sepanjang hari ni memang buzy walaupun hari sabtu..dengan sekolah ganti raya nya..pas tu petang plak pegi Danga Bay xnak heboh2..hehehe..Malam pulak nak tengok AF( tak best pun,,tp layan je la). tiba2 tengah2 malam gini tetiba je ada mood nak buka blog ni..

Khamis, 4 Mac 2010

Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown ni takdelah jauh mana dari rumah MIL tp kitorang tak pernah pegi pun..So balik cuti ambil kesempatan la pergi ke sana..Sebenarnya aku pernah pergi dengan member dulu, tp kali nipergi dengan hubby la pulak..

Yang bestnya hubby aku leh dapat harga murah sebab ada diskaun untuk warga Kerian..cuma aku je la yang kena bayar full untuk eco combo pakage..dulu dah main air,so pegi kali ni jenjalan jer la..

Isnin, 15 Februari 2010

Cuti Chinese New Year 2010

Cuti seminggu Tahun baru cina kitorang dah buat mcm2 perancangan percutian..maklumla cuti umum gini jer yang kitorang leh pegi jenjalan, cuti sekolah aku kena berkampung kat kampung la..tak kan nak berkampun kat sekolah pulak..hubby aku kan masuk kampus masa cuti..

So kali ni kami pilih Bukit Fraser sebagai destinasi..yelah nak tengok apa yang ada kat atas sana.. sampai je dah malam..nasib baik tak malam masa on the way naik, kalo tak bahaya la..coz jalan yg berbukit2 dan berliku2..saper2 yang belom penah pergi ke sana make sure sampai kat bawah bukit fraser tu pd masa yang sesuai kalo tak kena tunggu masa yang seterusnya utk naik( jalan dibuka untuk sehala sahaja)..ni jadual naik turun dia..



Kalo sampai sini memang tak sah kalo tak bergambar kat menara jam ni..ni la landmark menunjukkan kita dah sampai kat bukit fraser ni..takde apa2 yang menarik sangat kat atas ni cuma suasana dia la yang best, nyaman dan mendamaikan jer..very relaxing...tambahan pula cuaca sekarang yg panas sangat tp kat atas ni sejukk..best!

Ni pulak banglo yang tempat kitorang stay..rumah peranginan persekutuan..memang besar tp kitorang hanya booking bilik jer..satu banglo rm200 tp kalo bilik baru rm50..memang jimatla..kalo nak ajak famili datang ramai leh la booking satu banglo,,leh duk 3-4 kluarga satu banglo ni..




Memandangkan kat atas bikut fraser ni takde ape2 yang menarik sangat, rasanya may be ni first and last kot naik atas tu...lain la kalo mcm cameron or genting tu banyak la jgak place of interest nak pegi sana..

Ahad, 10 Januari 2010

Trip to Bali

Pegi Bali ni dah lama, masa Krismas 2009..booking flight lagi la lama pertengahan tahun 2009..sebab tu dapat harga flight rm500 2 orang pegi balik..memang berbaloi2..cuma pakej kat sana la yang mahal sikit sebab kitorang nak round semua satu pulau bali tu...

Siapa nak bagi kan tiket murah macam tu leh sampai ke bali..kalu naik MAS belum tentu dapat sampai ke Sabah..(huhuhu Sabah belum sampai lagi..) namakan flight tambang murah so tengokla dapat seat yang terpisah..huhu hubby duk kat sebelah satu lagi..terpisah oleh lorong..yang kelakarnya ni nak buat pengakuan sikit.. ni adalah first time kitorang naik flight..wahaha..tp biasa2 jer, takde la pengalaman yg pelik2 pun berlaku dalam flight yang selama 2 jam setengah tu...

Naik flight takde citerbest sangat, tapi sampai sana fuh memang pengalaman yang tak dapat dilupakan la..first time jugak leh tengok dolphine secara life..tempatnya kat Lovina..masa ni dalam kul 6 a.m ni tapi matahari dah nak terbit dah..kena pegi turun pantai awal2 pagi coz masa ni la dolphine tu suka datang main2 ke tepi pantai..kalo dah tengah hari dia dah lari ke tengah laut..

So masa ni la kitorang main kejar2 ngan dolphine ni..susah jugak mencari atau nak tengok dolphine ni..kalo nasib tak baik takde peluang nak tengok, tp nasib kami memang baik..dapatla tengok..
Ni gambar masa kat gunung Kintamani..berkabus sebab baru lepas hujan..

Bedugul temple tepi tasik...

Air terjun apa ntah nama dia..kat dalam hutan
Uluwatu



Kechak Dance

Stay kat sini..

Isnin, 16 November 2009

Family Day SKTC







Sukan di sekolah

Malas nak taip panjang lebar..sikit jer gambar masa hari sukan sekolah..





Ni plak perlawanan futsal murid tahun 6..syaratnya kena pakai kain batik @ kain pelikat barula mencabar sikit..

Jumaat, 13 November 2009

2012 now release..

Dah lama rasanya tak pergi tengok wayang.. so ape lagi, sebaik sajer cerita ni keluar kitorang terus la serbu ke panggung wayang yang berdekatan.. oleh kerana duration cerita ni lama la jugak, (165 mins) so kenala cari time yang tak langgar waktu solat. Mula2 pegi kat TGV, punyala ramai orang yang beratur panjang sampai terkeluar2 dr TGV..tukar plan pegi tengok kat GSC plak...nasib baik tak ramai, so boleh la tengok. anyway cerita ni memang best untuk ditonton..




Ahad, 8 November 2009

Hari Sabtu yang Penuh??

Fuh..kalo ikutkan takwim sekolah, memang setiap Sabtu akan penuh dengan aktiviti sehinggala cuti sekolah..tu pun blom abis lagi program, sabtu dah cuti pun still la jugak ada lagi..namun alhamdullillah sabtu minggu ni ada program yg ditunda so boleh la duk rehat2 kat rumah, leh buat keje2 rumah, surf internet..lega..hehehe
Antara aktivitinya..program Ujian Penapisan murid Pra-sekolah yang dijalankan dua minggu lepas (dah 2 minggu?? cerita basi dah ni..hehehe). program ni untuk tapis murid sama ada menguasai 3m ke tak..kalo tak lepas tahun depan diorang ditempatkan ke kelas KIA2M..


Program sabtu minggu lepas pulak seperti yang yang tertera pada banner di atas...

Ni pulak program yang sepatutnya dijalankan pada minggu ni. sepatutnya minggu ni ada sukan, tapi memandangkan ada masalah yang tak dapat dielakkan, terpaksa tunda ke hari Khamis nanti...harap2 tak hujan la minggu depan, kalo hujan jugak kena tunda ke tahun depan kot??huhuhu..
Itu sahaja update sehingga minggu ni.. minggu depan kalo ada masa, cerita pasal program hari sukan, HAKA, and Family Day pulak yang akan menyusul..

Program Main Masak-Masak

Sajer jer tulis tajuk entry macam tu..tapi sebenarnya program tu nama betulnya Pertandingan Memasak tanpa api..ni salah satu program murid2 tahun 6 selepas UPSR..seronok bila tengok budak2 bersungguh nak menang dalam pertandingan ni..
Menu yang budak2 kena buat Sandwich Sardine atau telur, salad buah dan minuman jus...macam2 gaya and macam rasa ada..ape2 pun tahniah pada pihak penganjur yang menjalankan program seperti ini...
Group Vimala

Group Hidayu

Group Safina


Group Amir Mustaqim


Group saper ni ek?? tak nampak muka..hahaha
Kumpulan-kumpulan yang join this program..Tahniah pd semua sbb semuanya bersungguh-sungguh nak menang..

Blog Widget by LinkWithin