Khamis, 10 Februari 2011

Makan oh makan...

Huhu..entry kali ni pasal makan..bukannya aku nak share resepi kat sini tapi nak share experience masa duk kat johor dulu. Tempat makan favourite kitorang kat sana nilah dia..kalau malas masak pegi makan kat kedai kg kopok baru, pekena mee gulung..emmh memang best.. alamak terasa lapar pulak perutku ini..huhu.dapat citer je la, x dapek nak makan..

Ni pulak ABC kg Melayu Majidee..sebenarnya aku tak suka sangat makan kat situ coz tempatnya tak brapa 'menyelerakan' tapi abc ni punya pasal, pejam mata je la..huhu. memang best abc tu, coklatnya fuh..memang pure..yummy!
dan satu lagi satay paling famous kat jb..satay warisan wak radol.kitorang asal pegi jb je memang tak miss untuk menyinggah kat hiway pasir gudang tu untuk menikmati satay yang lebih sedap daripada satay kajang ni..(bagi akula..bagi orang lain tak taula..)


Tapi semua ni hanya terdapat kat johor?macamana ni kalau teringin ni?? mau terbang ke jb kah?haha..takdela teringin sangat, just teringat2 je..hehe.choww.

p/s:all picts above credits to mr gugel..heheh

Selasa, 1 Februari 2011

Layan Drama Melayu..

Sebenarnya aku baru jer terfollow drama melayu Trilogi Cinta ni..aku bukannya suka sangat tengok cerita terbitan suhan movie tu,sebab rasanya terlalu klise..tapi drama kali aku teruja sikit nak tengok memandangkan drama ni adaptasi dari trilogi novel sharifah abu salem seperti gambar kat bawah ni..aku rasa bagi penggemar novel cinta sharifah abu salem tak akan ketinggalan untuk tengok drama ni..
Aku tak akan tulis panjang pasal cerita ni sebab dah banyak blog yang dah buat sinopsis pasal ni..Novel pertama dan kedua aku sempat baca tapi yang ketiga tu belum baca lagi.nampak gayanya tengok ending malalui dramanya jelah..


Dan ni satu lagi drama melayu yang aku tengah follow sekarang..tiramisu lakonan syarifah amani dengan pierre andre..aku rasa cute je citer ni..ape2 pun layan jelah..tapi yang tak bestnya waktu tayangan tu kurang sesuai 7-8pm time maghrib..

p/s: bilalah agaknya novel trilogi ramlee awang murshid ke layar tv pulak??

Isnin, 31 Januari 2011

First entry for 2011..

Dah 31 Januari bermakna dah sebulan berlalu untuk tahun baru ini...dah nak masuk tahun baru yang lain pulak ni..-->Tahun Baru Cina la.. ni adalah fisrt entry bagi tahun ni..pemalas betul nak update blog..aku bukannya berblog untuk perkara2 yg serius just untuk merelease tension.. okla tu..

Dah sebulan memulakan kehidupan di utara tanah air ni..so far semuanya ok, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh-Nya..sekolah ok,kawan2 baru pun ok, suasana pun ok cuma yang tak ok sikit dapat sekolah dekat2 bandar.bila dekat dengan bandar faham-faham jelah, asal waktu puncak je, jem..teringin sangat nak mengajar di sekolah2 kampung.. Tapi Insyaallah dengan keizinan dariNya akan bertukar sekolah lagi untuk sesi pertukaran akan datang..

Semoga hari-hari yang mendatang, segala-galanya akan berjalan lancar..Insyaallah

Sabtu, 20 November 2010

Selamat Tinggal SKTC,Pasir Gudang

pengumuman keputusan pertukaran guru sesi jan 2011 mula2 tu menimbulkan rasa terkilan gak coz nama aku tak tersenarai dalam orang yang dapat bertukar.. tapi aku cuba gak chek semula keputusan online eg-tukar tu..tup2 rasa macam magik jer..keputusannya permohonan aku untuk bertukar ke Penang berjaya...Alhamdulillah..

Aku publish la keputusan tukar ni kat fb (hari tu tak sekolah coz cuti peristiwa hari sukan then bsambung ngan cuti raya haji) ..mula2 tu rasa excited sangat coz dapat tukar, tapi bila baca semua komen2 kawan2 uwaaa..terasa sedih sangat &terharu sangat2..tapi apakan daya.."saya yang menurut perintah"(ikut suamila)...

sedih tu memang terasa sedih..yela, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat mencurah ilmu..huhu.selama 7 tahun aku berkhidmat di SKTC sudah banyak pengalaman pahit manis yang dah dilalui..

Aku masih ingat lagi masa awal2 posting..masa tu posting beramai2 rasanya dalam 30 orang lebih yang sama2 posting..sepanjang 7 tahun ni tiap2 tahun aku kehilangan kawan yang mana masing2 berpindah ke tempat lain..sedih rasanya bila ditinggalkan.. Rahna, Fadlin,Ina, Kak tipah,tini, K ros dll..perpindahan korang sangat2 dirasai...

Apa2 pun pertukaran aku kali ni bukan bermakna kita akan terus melupakan antara satu sama lain..kawan2 yang baik & kawan2 baik di sktc tak akan dilupakan sampai bila..you're the best friends&family that i have..thanks guys..luv u all

Sabtu, 13 November 2010

Belayar dengan Star Cruise

Cuti Deepavali ari tu lama la jugak dapat cuti..kitorang awal2 dah booking untuk vacation atas cruise..cheewah macam orang kaya pulak...yelah orang kata star cruise percutian mewah..tapi sebenarnya ada jugak rate yang murah,sederhana dan yang mahal..tapi yang murah2 pun cecah jugak ke 1K..huhuhu...takpela sekali sekala nak rasa jugak pengalaman macam mana..

Kitorang sebenarnya teringin nak ke phuket or ke redang tapi tarikh yang kitorang free tak kena pulak..so ambil je trip Singapore-KL-Singapore selama 3 hari 2 malam kat atas kapal tu..gambar ni diambil masa baru sampai kat jeti Singapore Cruise Centre kat Harbour Front. nak magrib dah masa tu..sebenarnya masa berangkat pukul 11.59 mlm tapi magrib kitorang dah sampai situ..dah survey orang yg pernah naik cruise ni kata nak check in punyala lama..memang lama pun kitorang beratur hampir 2 jam untuk selesai urusan check in..

Bila dah selesai checkin rasa lega sangat2 dah leh masuk ke kapal..Atas cruise ni bab makan la paling best..makan 6 kali sehari sampai tak termampu nak makan..kalau lama2 duk atas tu mau naik berkilo2 berat..tempat makan yg open air mengadap laut ni namanya mediterranean terrace..tempat makan kat sini pork free, vegetarian corner pun ada. kitorang siap dapat voucher utk makan free di halal corner the Taj..kalo orang lain kena caj.
Perjalanan kul 12 malam dari singapore kul 2 petang baru sampai ke port Klang. sampai sana bolehlah turun untuk pergi round area KL..tap, i dengan syarat sebelum kul 9 malam dah kena berada atas cruise ni balik..part ni la yg x brape best sbb kitorang dah biasa dgn KL, kalau pelancong lain okla..diorang mungkin tak pernah sampai KL.
Ni antara koleksi gambar2 di atas dan di dalam Star Virgo ni..banyak lagi sebenarnya gambar, sebahagiannya aku dah upload dlm fesbuk..


Hehehe..mula2 rasa macam tak berani gak nak main water slide ni..sbb kena panjat tinggi jugak utk sampai ke puncak. tapi alang2 dah bawa swimming suit baik aku mandi manda sambil main water slide ni..seram la jugak sbb ada part betul2 atas laut tu tempat gelongsor tu transparent rasa macam nak terjatuh ke dalam laut..hihi.

Alamak rasa macam malas dah pulak nak bercerita..stop kat sini jelah..anyway best jugakla naik star cruise ni..kalau ada peluang nak pegi lagi..next destination==>phuket(maybe)...

Ahad, 31 Oktober 2010

Apa nak buat ye???

Selama ni asyik berfesbuk, main game, rasa macam bosan la pulak..lagipun en.suami ku itu bukannya suka sangat kalau tengok aku duk ralit main game di fesbuk tu.. nasib baikla aku ni main game bukannya tahap addicted sangat..so tak kisahla kann..

So fikir punya fikir apa salahnya mencuba benda baru, iaitu membuat bisnes pulak..wahaha aku bukannya kepala hotak bisnes sangat tapi en.suami itula yang suruh sangat..so ikut je la.. jalan ke jalan ke itu lain cerita..

Nak tau apa yang sedang dicuba tu try la jenguk kat rumah baruku di Nice & Easy Shops. jumpa anda di sana....

Isnin, 25 Oktober 2010

Hari ini dalam Sejarah...


Fuh..tajuk entry macam ada apa2..tapi ntah apa2.haha.. Sebenarnya bukannya ada apa2 pun cuma excited sikit pada mulanya tapi sedikit hampa akhirya..nantila kita cerita apa yang suka, apa yang hampa tu...hihi

Alkisahnya first time dalam hidup aku pergi tengok perlawanan bola sepak secara live kat stadium.. Memang sebelum ni ada terniat nak pergi tengok tapi ntah kenapa tak sampai seru lagi kot.. team yang lawan adalah Johor FC lawan pasukan negeri sembilan untuk separu akhir kedua. Bila dapat call dr abang nak ajak pergi stadium dengan kawan2 dia, bukan main excited aku pagi tu...

Kusangkakan panas sampai ke malam,rupa2nya hujan di petang hari..huhu. dah cuak dah.. macamana nak pegi stadium kan kalau hujan. Sampai malam pun hujan tak berhenti jugak. Tapi semangat punya pasal kitorang redah jugak..

Sampai je kat stadium, game baru je start..kiranya okla jugak kalau pergi awal2 pun kena berhujan dulu. dahla payung takleh dibawa masuk ke dalam..so berhujanla kitorang..huhu. dahla ditimpa hujan, team johor fc pulak kalah ngan n.9..lagila hampa.anyway, okla..dapatla jugak experience macam mana tengok bola live kat stadium...

Ahad, 3 Oktober 2010

Jalan2 Universal Studios,Singapore

Akhirnya tercapai juga hajat kami nak ke universal studio ni..sebenarnya tempat ni belum lagi 100% dibuka untuk public sebab masih ada sesetengah tempat yang belum beroperasi lagi..tapi kebanyakkannya dah available..walaubagaimana pun orang tetap ramai mengunjungi tempat ni sehinggakan hampir setiap weekend tiketnya sold out..


Untuk masuk ke tempat ni tiketnya pada hari biasa SGD66 atau pada weekendnya SGD72..kalo nak convert ke RM kali la dengan 2.34. memangla mahal sikit tapi berbaloi la jugak sebab banyak attraction kat dalam tu..


Yang paling menarik banyak karakter filem2 hollywood kat sini.. kitorang tak sempatla nak bergambar dengan semua karakter tu, coz memang kena beratur panjang maklumla semua yang datang situ nak bergambar dengannya..bayangkanla




Apa2 pun memang enjoyla datang kat sini..kitorang stay sini daripada mula gate buka hinggala gate nak tutup pd 7.00pm...huhuhu

Jumaat, 1 Oktober 2010

Oktober suda...

Pejam celik, pejam celik kita dah masuk suku tahun terakhir 2010.. rasa macam kejap jer masa berlalu. bila menghampiri je hujung tahun aktiviti di sekolah mula la sibuk. kat SKTC mula sibuk dengan aktiviti lepas UPSR, hari Sukan, Hari Kantin, Hari Anugerah.. fuhh banyak tu kalau nak disenaraikan semua...

Untuk kesekian kali aku mencuba nasib untuk mengisi borang tukar sekolah.. tapi tak tahula macamana keputusannya kita tunggu jelah Nov nanti.. Bukannya aku tak sayang sekolah sekarang tapi entahla..banyak faktor sebenarya.. apa2 pun segalanya kita berserah pada Yang Maha Esa...

Ahad, 6 Jun 2010

Cuti-cuti Bukit Tinggi..


Cuti hari wesak baru ni jatuh hari jumaat so dapatla cuti panjang sikit..(shoulder weekend)..so kitorang memang dah lama booking hotel kat Berjaya Hills tu..dah tau kalo lambat booking mesti penuh nyer..kalo ada pun tinggal yang rate mahal jer..so yang kitorang dapat okla, harga pun ada diskaun..so ape lagi, kita enjoyyy...






Blog Widget by LinkWithin